Blogger WidgetsBlogger Widgets

30 June 2012

Koleksi Foto Manusia Pelik Dari Abad Ke-19

Tiada manusia yang minta dilahirkan dalam keadaan berbeza dengan orang lain. Insan-insan istimewa ini menempuhi kehidupan pada abad ke-19 dengan begitu mencabar di mana mereka bukan sahaja diejek dan dihina seumur hidup, malah turut dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan dijadikan bahan tontonan di sarkas.

Restoran Ini Menggunakan Robot Sebagai Pelayan

Siapa kata pelayan wanita yang seksi dan cantik sahaja mampu menarik ramai pelanggan. Sebuah restoran di bandar Harbin, China membuktikan bahawa robot juga memiliki daya tarikan dan boleh menarik lebih ramai pengunjung. Restoran ini menggunakan khidmat robot-robot untuk memasak dan melayani pelanggan. Restoran ini memiliki 18 jenis robot yang mempunyai tugas masing-masing.

Poskad Era 1910-1940an Yang Kreatif

Pada awal tahun 1900an, poskad memainkan peranan yang sangat penting sebagai alat komunikasi bagi menyampaikan mesej yang ringkas tapi bermakna buat ahli keluarga mahupun sahabat handai yang jauh di mata. Rekaan poskad pada waktu itu juga begitu klasik dan sangat berbeza dengan poskad masa kini. Sangat klasik dan menimbulkan nostalgia tersendiri..


Rumah Beinhaus, Austria Yang Menyimpan 1200 Tengkorak

Sebuah rumah abad ke-12 telah dijadikan tempat menyimpan 1200 tengkorak manusia. Rumah itu dikenali sebagai Rumah Beinhaus dan terletak di Hallstatt, Austria. Tradisi menyimpan tengkorak dan tulang-tulang manusia dilakukan dari tahun 1720 M sehingga 1995.

Doktor Keluarkan Cacing Berukuran 13cm Dari Mata Lelaki Ini

Seorang lelaki India berusia 75 tahun yang mengalami sakit dan iritasi pada matanya sejak dua minggu lalu telah berjumpa dengan doktor bagi mengenalpasti punca penyakitnya. Lelaki tersebut, P.K. Krishnamurthy telah berjumpa dengan Dr. V. Seetharaman di Hospital Fortis, Mumbai pada minggu  ini. Semasa doktor tersebut melakukan pemeriksaan ke atas mata Krishnamurthy, alangkah terperanjantnya apabila dia mendapati terdapat seekor cacing berukuran kira-kira 13cm berada dalam bola mata pesakitnya.

Pencuri Ini Tersepit Di Pintu Kedai Selama 9 Jam

Niat mencuri seorang lelaki berusia 53 tahun tidak kesampaian apabila dia tersepit di bawah pintu kedai selama 9 jam. Kejadian itu berlaku di sebuah kedai di Brocton, Massachusette, Amerika Syarikat.


Veil Pengantin Terpanjang Di Dunia

Elena De Angelis dari Casal di Principe, Itali mencatat rekod dalam Guinness Book of World Records sebagai pengantin perempuan yang memakai veil terpanjang di dunia iaitu sepanjang 3km. Veil milik Elena telah direka oleh Gianni Molari.  Sepanjang majlis perkahwinannya, kira-kira 100 orang diperlukan untuk memegang veil tersebut. Dashyat....

Foto-foto Kemalangan Tragis Era 20an

Kita selalu mengeluh apabila kerajaan menguatkuasakan undang-undang jalanraya baru yang lebih ketat walaupun peraturan itu adalah demi keselamatan kita sendiri. Cuba kita lihat sebentar foto-foto kemalangan era 20an ini. Pada masa itu, manusia baru berjinak-jinak menggunakan kenderaan bermotor di mana peraturan jalanraya tidak ketat dan kualiti kenderaan juga tidak sebaik sekarang. Kereta mudah sahaja rosak teruk walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil seperti tergelincir.

28 June 2012

Cupcakes Yang Unik, Comel & Kreatif

Kek cawan atau cupcakes merupakan makanan berasal dari barat namun kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Seperti yang kita tahu, cupcake mempunyai bentuk yang kecil dan comel. Jom kita lihat 12 cupcakes dengan reka bentuk yang menarik dan sesuai sekali untuk majlis hari jadi anak-anak anda..


27 June 2012

Hotel Tertua Di Dunia

Rasanya kebanyakan orang pernah melancong baik di dalam mahupun di luar negara. Dan kebanyakannya pernah merasai pengalaman menginap dalam hotel dari harga berpuluh ringgit hingga beribu ringgit semalam. Tapi pernahkah anda terfikir hotel apakah yang paling tua dan paling lama dibina di dunia ini? 

Gadis Palestin Bebas Selepas 20 Tahun Dikurung Dalam Bilik Air

Baraa Melhem merupakan gadis Palestin berusia 20 tahun yang menghabiskan separuh dari usianya di dalam bilik air. Dia dikurung oleh bapanya sendiri di dalam bilik air sejak berusia 10 tahun. Bapa Baraa, Hasan Melhem merupakan bangsa Arab warga Israel dan telah berpisah dengan ibunya sewaktu Baraa masih kecil.

Gila-Cara Baru Bunuh Bayi Perempuan Secara Senyap-Senyap di India

Pada zaman ini, perempuan juga mendapat layanan dan taraf yang sama seperti lelaki baik dari segi pendidikan, pekerjaan dan hak asasi. Namun di sesetengah daerah India, kelahiran anak perempuan masih lagi dianggap membawa malang dan sial serta menyusahkan keluarga apabila anak itu dewasa kelak. Atas sebab itu, pelbagai cara yang dilakukan oleh si bapa untuk membunuh darah dagingnya sendiri biar pun sudah ada hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut.

24 June 2012

Kreatif-Kolam Berbentuk Zip Di Taiwan

Sekiranya anda ke Taiwan, jangan lupa mengunjungi Zipper Lotus Pond yang terletak di dalam kawasan Muzium Juming, Taipei. Kolam ini direka dengan bentuk zip seluar dan dipenuhi dengan bunga teratai. Ia merupakan idea anak tempatan, Ju Chun. Reka bentuknya sangat unik dan menarik.


5 Tradisi Sambutan Tahun Baru Yang Pelik

Rakyat Malaysia biasanya menyambut tahun baru dengan menghadiri konsert sempena menanti detik 12 malam. Tiada sebarang tradisi bagi menyambut tahun baru. Penganut pelbagai agama di negara ini biasanya hanya akan bersembahyang sempena tahun baru mengikut kepercayaan agama masing-masing. Tapi bagi 5 negara di bawah ini, rakyatnya mempunyai tradisi menyambut tahun baru yang telah lama diamalkan walaupun sesetengahnya agak pelik dan tidak masuk akal.

1. Amerika Latin ( Brazil, Bolivia & Mexico)


Masyarakat Amerika Latin akan memakai pakaian dalam yang berwarna terang seperti merah dan kuning menjelang malam tahun baru. Mengikut kepercayaan masyarakat tempatan, sekiranya individu itu memakai pakainan dalam berwarna kuning maka kehidupan mereka pada tahun baru akan disinari dengan kemakmuran. Warna merah pula melambangkan kehidupan yang penuh dengan cinta. Pelbagai reka bentuk pakaian dalam berwarna terang akan dijual di pasar menjelang saat-saat akhir tahun baru.

Kerusi Bola Sepak Untuk Si Pemalas

Biasanya orang main bola sepak di atas padang. Tujuannya untuk mengeluarkan peluh agar badan lebih sihat. Tapi Emanuele Magini dari Itali telah mereka kerusi yang membolehkan orang ramai bermain bola dalam rumah sahaja. Dengan kerusi ini, anda tidak perlu lagi turun ke padang, bermain sampai berpeluh-peluh dan yang penting anda hanya perlu sepak bola sambil duduk..Pelik dan kelakar pun ada juga idea orang Itali ni..

5 Teori Konspirasi Terbesar Dalam Sejarah

Teori konspirasi gemar dikaitkan dengan kematian individu terkenal dan tragedi penting dalam sejarah. Berikut merupakan 5 teori konspirasi terbesar dan terkenal sehingga kini serta masih lagi hangat dibincangkan walaupun peristiwa tersebut telah lama berlaku.

1. Tragedi 11 September 2001


Tragedi terbesar dan terburuk yang berlaku pada dekad terakhir ini pastinya tragedi 11 September. Ia berlaku pada pagi 11 September 2001 di mana kapal terbang yang telah dirampas melanggar bangunan berkembar tersebut. Terdapat teori mengatakan serangan tersebut dilakukan oleh Bush sendiri bagi meraih sokongan tindakan ketenteraan ke atas dunia Islam.

23 June 2012

5 Majlis Perkahwinan Termahal di Dunia

Perkahwinan merupakan perkara terpenting dalam hidup. Atas sebab itu, 5 pasangan kaya ini mengambil keputusan dengan mengadakan majlis perkahwinan yang gah, mewah dan menelan belanja yang begitu mahal dalam sejarah dunia moden.

1. Vanisha Mittal & Amit Bhatia ($78 juta)


Tanggal 18 November 2004, perkahwinan anak kepada bilionair India, Vanisha Mittal dan Amit Bhatia, seorang pelabur perbankan telah mencatat sejarah sebagai majlis perkahwinan yang termahal dalam sejarah. Seramai 1000 tetamu dari seluruh dunia hadir selepas menerima kad undangan silver yang mempunyai 20 muka surat mengandungi butir-butir atur cara majlis yang berlansung selama 5 hari. Majlis tersebut diadakan di Vaux le Vicomte, Perancis. Penyanyi popular, Kylie Minogue turut diundang ke majlis tersebut. Terdapat 100 hidangan yang berbeza telah disediakan oleh chef Calcutta. Selain itu, wain bernilai $1.5 juta turut dihidangkan kepada para tetamu.

5 Kulit Album Yang Pernah Mencetus Kontroversi

Gambar yang cantik dan menarik sentiasa menjadi pilihan para artis untuk dijadikan kulit album terbaru mereka. Namun, ada sesetengah gambar kulit album yang agak mengganggu fikiran pekedai dan peminat sekaligus menjadi bualan hangat masyarakat dan media sehingga mencatus kontroversi. Sesetengah kontroversi mungkin boleh meningkatkan jualan album, namun ada juga artis dan syarikat rakaman yang mengambil langkah selamat dengan menukar kulit album dengan gambar lain.

1. The Strokes, Is This It


Pada tahun 2001, The Strokes melancarkan album baru mereka yang bertajuk Is This It. Namun, gambar kulit album tersebut menimbulkan rungutan dalam kalangan pengedar dan pekedai muzik. Foto kulit album yang diambil oleh jurugambar Colin Lane itu memaparkan gambar seorang wanita yang memakai sarung tangan kulit warna hitam memegang punggungnya yang tidak berpakaian. Menyedari reaksi pengedar yang kurang menyenangkan, band tersebut mengganti kulit album mereka dengan gambar lain yang lebih abstrak.

22 June 2012

5 Foto Yang Pernah Mencetus Kontroversi

Setiap gambar yang diambil oleh jurugambar professional untuk tatapan umum selalunya mengandungi pelbagai mesej yang tersurat. Namun, 5 gambar di bawah ini telah mencetuskan kontroversi dan menjadi kemarahan masyarakat dunia kerana dianggap membawa maksud yang tidak baik dan melanggar sensitiviti sesetengah individu.

1. Brooke Shields


Foto model dan selebriti terkenal ini menjadi foto paling kontroversi sepanjang zaman. Pada 1975, seorang jurugambar fesyen Amerika bernama Garry Gross telah mengambil gambar-gambar bogel Brooke  Shields yang baru berusia 10 tahun pada ketika itu. Foto tersebut diambil untuk sebuah projek bertajuk The Woman in the Child dan telah mendapat keizinan dari ibu Shields sendiri, Teri Shields. Foto tersebut menampilkan Shield berdiri dan duduk di atas tab mandi, memakai alat solek dan dilumur dengan minyak. Gambar-gambar tersebut telah dipaaprkan dalam majalah Little Women dan Sugar and Spice.

Marwanijun, Kanak-kanak China Yang Lahir Tanpa Mata

Seorang kanak-kanak dari Xinjiang, China bernama Marwanijun telah lahir tanpa mata dalam erti kata lain, tempat di mana matanya mata sepatutnya berada telah ditutupi oleh kulitnya. Merwanijun merupakan anak kepada pasangan Madamihan dan Salamu.

Aksi Bodoh Bapa Seret Anak Dengan Motosikal Di Atas Jalan Raya

Sekeping gambar menunjukkan seorang bapa sedang menunggang motosikal sambil mengheret anaknya yang diletakkan di dalam bakul telah menimbulkan kemarahan dan bualan hangat masyarakat China. Peristiwa itu berlaku di Xi'an, daerah Shaanxi, China. 

21 June 2012

4 Ratu Cantik Yang Pernah Mencetus Kontroversi

Pertandingan ratu cantik sememangnya mendapat perhatian dunia. Pertandingan ratu cantik tidak hanya memperpertandingkan kecantikan semata, malah lebih dari itu. Terdapat pelbagai kisah menarik di sebalik pertandingan Miss World dari kisah sedih hinggalah ke kisah yang gembira. Berikut merupakan 4 kisah wanita cantik yang pernah mencetuskan kontroversi.

1. Majorie Wallace


Gadis cantik kelahiran Amerika Syarikat ini memegang takhta Miss World pada tahun 1973. Gelaran Miss World milik Wallace hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja sebelum ia ditarik semula berikutan gosip cinta Wallace dengan banyak lelaki termasuk Tom Jones telah tersebar. Jawatankuasa Miss World berpendapat bahawa Wallace gagal menggalas tugas sebagai Miss World dengan baik. Setelah kehilangan mahkota, Wallace meneruskan kerjaya dalam bidang penyiaran.

20 June 2012

5 Nenek Luarbiasa & Terhebat Di Dunia

Semakin bertambah usia, semakin berkurang kemampuan seseorang itu. Tetapi 5 orang nenek ini membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mereka melakukan hobi atau aktiviti yang mereka suka walaupun hobi dan aktiviti tersebut sangat lasak dan hanya sesuai untuk golongan muda. Walau apa pun, saya respect dengan wanita-wanita warga emas ini.

1. Penembak Terhandal


Chandro Tomar merupakan seorang nenek berusia 78 tahun dari Baghpat, Utar Pradesh, India. Dia adalah ibu kepada 6 orang anak dan nenek kepada 15 orang cucu yang telah memenangi 25 pertandingan menembak peringkat kebangsaan. Uniknya, warga emas ini hanya tahu memegang senapang ketika berusia 68 tahun, iaitu kira-kira sepuluh tahun yang lepas.

Bapa Menghasilkan Lukisan Bogel Anaknya

Seorang pelukis China, Zhuangping Li telah menimbulkan kontroversi dengan menghasilkan lukisan-lukisan bogel anak perempuannya, Li Qin. Walaupun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, namun Li tetap dengan pendirian dan pendapatnya. Baginya, dia tidak mempedulikan pendapat orang ramai kerana baginya, keluarganya sangat 'murah hati'.

Koleksi Beg Tangan Yang Unik & Aneh

PeaceKeeper telah melancarkan koleksi beg tangan yang mempunyai pelbagai bentuk aneh dan luarbiasa. Ada yang berbentuk tembikai, pistol, lego, kasut dan sebagainya. Bagi yang mahukan kelainan, bolehlah dapatkan satu. Ada antara koleksi yang cantik namun ada juga yang pelik dan tidak mungkin dipakai oleh orang biasa. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera.



Lukisan Batu Yang Kreatif & Comel Dari Malaysia

Suzi Chua dari Malaysia telah menghasilkan lukisan comel pada batu yang boleh digunakan sebagai hiasan, pemberat kertas, door stoppers dan cenderamata. Hasil kreativiti Chua memang comel dan cantik.Pelanggan juga boleh melanggan sendiri lukisan pilihan mereka di laman web suzichua.com.


10 Foto Jambatan Paling Kreatif & Unik di Dunia

Jambatan direka bagi memudahkan orang awam menyeberangi sungai, selat atau tempat tinggi. Jika dulu kita hanya melihat jambatan kayu atau jambatan gantung sahaja, tapi kini jambatan juga direka dan dibina dengan menggunakan teknologi serta reka bentuk yang moden dan canggih. Berikut merupakan 10 foto jambatan terunik dan kreatif. Malaysia pun tersenarai juga..

Staircase Bridge

Rela Bogel Demi Kupon Percuma

Demi mendapatka kupon membeli belah percuma, kira-kira 250 orang warga Jerman beratur di sepanjang pintu masuk Pasaraya Priss di Sunderlugum, Jerman. Walaubagaimanapun, hanya 100 orang pelanggan yang datang paling awal dalam keadaan berbogel sepenuhnya sahaja yang mendapat kupon tersebut.

Kisah Menyentuh Hati Seorang Ibu Berusia 104 Tahun Yang Menjaga Anaknya Yang Menderita Dementia

Kasih ibu membawa ke syurga. Itulah ungkapan yang paling tepat menggambarkan kasih sayang seorang ibu berusia 104 tahun, Rosario Schielzeth terhadap anak perempuannya, Maria Garcia, 84 tahun. Maria Garcia yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat menghidap penyakit Dementia yang menyebabkannya hilang ingatan dan pelupa.

Wartawan China Membuat Kesilapan Memalukan-Sex Toy Disangka Cendawan Yang Misteri & Jarang Ditemui

Seorang wartawan dari Xi'an TV telah melaporkan penemuan sejenis cendawan Lingzhi yang jarang didapati. 'Cendawan' itu telah ditemui oleh seorang petani tempatan ketika lelaki tersebut sedang menggali tanah berdekatan rumahnya di Xi'an, sebuah wilayah Shaanxi, China.

Oxbow Academy, Sekolah Khas Untuk Mengubati Ketagihan Porno

Sebuah sekolah khusus untuk mengubati ketagihan menonton bahan porno telah dibina di Utah, Amerika Syarikat. Sekolah yang diberi nama Oxbow Academy itu terbuka kepada golongan belia yang mahu menjalani terapi dan kaunseling khas agar dapat mengurang sekaligus menghilangkan tabiat buruk tersebut.

19 June 2012

Kini, Api Juga Digunakan Untuk Melukis

Selain digunakan untuk memasak dan menerangi malam, siapa sangka api juga boleh digunakan untuk menghasilkan seni yang kreatif, unik dan cantik. Seorang artis dari Paris, Olivier Kosta-Thefaine telah mehasilkan lukisan siling yang dilukis dengan menggunakan api. Untuk mendapatkan hasil yang cantik dan kemas, Olivier melakukan kerjanya dengan berhati-hati, teliti dan sabar. Artis tersebut menggunakan api daripada pemetik api yang digunakan oleh perokok. Bijak dan kreatif kan..?



5 Kemalangan Paling Dashyat Di Dunia


Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja tidak kira di jalanraya, rumah, pejabat, kilang, bangunan pencakar langit, loji minyak, loji nuklear dan banyak lagi. Setiap kemalangan pastinya menyebabkan kerugian yang besar dan kadar kematian yang tinggi. Berikut merupakan 5 kemalangan paling dasyat yang pernah tercatat dalam sejarah dunia.

1. Chernobyl


Kemalangan di Chernobyl merupakan kemalangan paling dasyhat pernah direkodkan dalam sejarah. Letupan loji nuklear telah berlaku pada 26 April 1986 di negara Ukraine. Angka korban dianggarkan sebanyak 125000 orang. Kira-kora 200000 penduduk terpaksa dipindahkan dan kemalangan itu menyebabkan jumlah kerugian sebanyak  $200 billion merangkumi kos pembersihan dan pemulihan. Kini, chernobyl merupakan antara tempat tercemar di dunia. Saya pernah menulis entri berkenaan Chernobyl dalam entri bertajuk  5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia sebelum ini.

Tasik Retba-Tasik Yang Mempunyai Air Warna Merah Jambu

Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat menjadi tarikan pelancong kerana keunikan warna air tasiknya. Berbeza dengan tasik lain, Tasik Retba mempunyai air yang berwarna merah jambu (pink). Difahamkan, tasik ini berwarna merah jambu kerana kehadiran bakteria cyanobacteria. 

Jalan Sesak Gara-Gara 5000 Ekor Itik Berarak Melintas Jalan

Sebatang jalan raya di China mengalami kesesakan lalu lintas apabila seorang petani mengiringi 5000 ekor itiknya berarak menuju ke kolam yang berhampiran. Beberapa orang penunggang motosikal dan pejalan kaki berhenti di tepi jalan bagi menyaksikan petani tersebut membawa itik-itik peliharaannya melintas jalan.

Pelajar Bunuh Diri Kerana Terlalu Cantik

Setiap orang pastinya mahukan wajah yang cantik. Tapi kecantikan yang dimiliki oleh Jade Stringer, 14 tahun menjadi masalah besar dalam hidupnya yang akhirnya menjadi punca kematiannya. Kecantikan yang dimiliki oleh Jade telah membuat ramai rakan sekolahnya cemburu. Dia sering dikutuk di dalam Twitter dan Facebook. Jade juga kerap diganggu di sekolah.

Terlebih Kreatif-Pic Nic Pants, Seluar + Meja??

Sebuah syarikat Itali, Acquacalda telah mereka seluar yang boleh dijadikan tempat meletak makanan dengan  cara duduk dalam keadaan bersila. Rekaan terbaru Acquacalda ini digelar "Pic Nic Pants". Individu yang memakai seluar ini juga boleh melaraskan poket seluar bagi meletakkan gelas agar tidak tertumpah.  Errr, ada sesiapa ke yang mahu cuba seluar baru ni..?


Festival Voodoo Di Afrika

Saban tahap, warga Afrika akan memakai kostum yang berwarna-warni dan menyeramkan bagi meraikan festival voodoo Benin di bandar Ouidah. Lokasi pantai di Afrika Barat ini dipercayai merupakan tempat asal agama voodoo yang lebih dikenali sebagai vodun oleh masyarakat tempatan.


5 Selebriti Antarabangsa Yang Pernah Menjadi Mangsa Pemerkosaan

Pemerkosaan tidak hanya boleh berlaku kepada orang biasa sahaja. Beberapa orang selebriti terkenal dunia juga pernah melalui pengalaman yang sangat pahit bagi seorang wanita. Berbeza daripada mangsa pemerkosaan yang lain yang lebih gemar menyembunyikan sejarah silam mereka, lima orang selebriti antarabangsa ini bersikap lebih terbuka dan sudi berkongsi pengalaman dengan orang awam. Tujuannya hanya satu, agar golongan yang senasib dengan mereka juga mampu bangkit semula, memotivasikan diri, tidak berasa rendah diri dan memulakan hidup baru seperti apa yang telah mereka lakukan. Berikut merupakan pengalaman pahit dan paling tidak dapat dilupakan oleh lima selebriti antarabangsa tersebut.

1. Fiona Apple


Fiona Apple merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik dari Amerika Syarikat yang pernah menggondol 12 trofi dalam Anugerah Grammy. Fiona telah menceritakan pengalaman pahitnya dalam satu wawancara dengan harapan agar mangsa pemerkosaan sepertinya tidak berasa rendah diri. Dia menjadi mangsa serangan seksual semasa dia sedang pulang dari sekolah ketika berusia 12 tahun. Lagu "Sullen Girl" dan "Gone" merupakan inspirasi daripada kisah silamnya.

Akibat Kahwin Lari, Kepala Dipenggal Bapa

Seorang bapa di India, Ogad Singh telah menggemparkan penduduk kampung Dungarji, Rajashtani apabila dia dilihat berjalan di sekeliling kampung sambil memegang kepala anak perempuannya yang telah pun putus akibat dipenggal.


16 June 2012

Terlebih Kreatif- Rambut Didandan Menyerupai Haiwan

Nagi Noda merupakan artis dan pengarah dari Tokyo dan telah menghasilkan satu idea yang terlebih kreatif. Dia telah mereka topi diperbuat dari rambut palsu yang didandan menyerupai kepala haiwan. Walaupun menggunakan khidmat model yang cantik, tapi style rambut ciptaan Noda tetap kelihatan aneh. Tidak pastilah ada atau tidak orang yang mahu memakai hasil kreativiti Noda..


10 Teksi Yang Luarbiasa & Cool

Semua mesti pernah naik teksi kan..? Kalau di Malaysia, kita biasa naik teksi model Saga dan Waja sahaja. Tapi ada sesetangah negara yang menyediakan perkhidmatan teksi dari model-model terkenal dan mewah seperti Maybach, Porsche, Chevrolet Corvette, Porsche Cayenne dan Lamborghini. Tak mampu beli kereta mewah pun ok juga kan kalau dapat naik teksi macam ni..Berapa lah tambang teksi ni agaknya...

Teksi Maybach

Kasut Comel Yang Dibuat Daripada Roti

Sepasang kembar yang sangat kreatif, Remigijus and Egidijus Praspaliauskas telah mereka koleksi kasut-kasut unik dan comel yang diperbuat daripada roti. Koleksi kasut-roti mereka mempunyai pelbagai rekaan yang comel-comel belaka dan dijual dengan harga €22 sepasang. Seperti kasut biasa, koleksi kasut adik-beradik Praspaliauskas juga dijual dengan kotak kasut sekali. Jom kita lihat 10 foto koleksi kasut adik-beradik Praspaliauskas ini.

Seni Ukir Makanan Yang Kreatif & Nampak Hidup

Seorang jurugambar berbakat kelahiran Hungary  telah menghasilkan seni makanan yang sangat luar biasa dan menakjubkan. Beliau telah mengukir bentuk muka yang mempunyai pelbagai emosi pada makanan dan sayur-sayuran. Balla telah mengukir mata, hidung, mulut dan gigi pada buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan pisau X-acto. Jom kita saksikan 10 foto hasil kerja Balla.

 

5 Kisah Perceraian Yang Pelik & Gila

Setiap pasangan yang berkahwin berharap agar hubungan mereka kekal sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat. Namun apabila sudah tiada keserasian, perceraian merupakan jalan terakhir.

Namun, 5 pasangan ini menfailkan permohonan mereka dengan alasan yang tidak kukuh, tidak logik, pelik dan gila. Tidak percaya, cuba anda baca kisah mereka ini.

1. Mesir


Seorang jurutera wanita Mesir telah menfailkan permohonan cerai selepas suaminya enggan mandi dalam bulan pertama pernikahan mereka. Si suami mendakwa bahawa dia elergik pada air dan tidak dibenarkan mandi. Si isteri meminta pendapat doktor tentang keadaan suaminya. Pandangan doktor ternyata bertentangan dengan dakwaan si suami. Menurut doktor, elegik pada air tidak menghalang seseorang itu daripada  membersihkan dirinya. Merasa tertipu, si isteri berdepan dengan suaminya. Si suami enggan menceraikan isterinya sehingga menyebabkan si isteri pergi ke mahkamah untuk menfailkan permohonan perceraian.

15 June 2012

Wanita Hamil 7 Bulan Dipaksa Menggugurkan Kandungan


Foto mengerikan seorang wanita yang terbaring di sebelah mayat bayinya telah menimbulkan kemarahan masyarakat China. Feng Jianmei mendakwa dia telah dipaksa menggugurkan kandungannya yang telah memasuki usia 7 bulan hanya kerana dia telah pun mempunyai seorang anak sebelum ini.

5 Lagu Paling Kontroversi Dalam Sejarah

Setiap penulis lirik diberi kebebasan dalam mencipta lagu mereka. Setiap lagu mempunyai kisahnya yang tersendiri. Mungkin kebebasan tersebut mungkin telah disalah guna sehingga menyebabkan segenlintir penulis lirik menulis lagu yang mempunyai unsur-unsur yang keterlaluan sehingga sehingga ada yang mempersoalkan kewujudan Tuhan. Berikut merupakn 5 lagu kontroversi yang hangat diperkatakan sepanjang zaman.

1. Cop Killer- Body Count


Cop Killer merupakan sebuah lagu nyanyian Body Count dari album "Body Count" yang dipasarkan pada 1992. Lagu tersebut menceritakan tentang individu yang marah dan bosan dengan kekasaran polis dan mahu membuat undang-undang sendiri dengan membunuh polis. Lagu ini mendapat kritikan hebat dari individu berpengaruh seperti Goerge Bush, Tipper Gore dan ahli politik yang lain.

Kini Tatoo Juga Boleh Diukir Di Jantung

Mengukir nama pasangan di badan bukanlah perkara asing kerana kita biasa dengar orang lain melakukan perkara tersebut. Namun, mengukir tatoo pada jantung mungkin merupakan perkara yang jangal dan pelik serta memerlukan keberanian yang tinggi. Sebenarnya servis ini memang ada buat individu yang ingin mengukir nama pasangan pada jantung sebagai bukti cinta mereka.


5 Filem Kontroversi Yang Paling Banyak Diharamkan Oleh Pelbagai Negara

Filem merupakan sebuah bentuk hiburan yang digemari ramai. Pelbagai filem dengan genre yang berbeza dihasilkan saban tahun. Namun sesetengah filem memaparkan beberapa adegan yang kurang menyenangkan penonton sehingga menyebabkan tayangannya dilarang di beberapa buah negara. Bagi sesetengah negara pula, filem-filem ini masih boleh ditayangkan namun had umur yang ketat dikenakan kepada penontonnya.

1. Cannibal Holocaust


Filem ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang masuk ke dalam hutan bagi merakam sebuah dokumentari mengenai masyarakat suku asli yang masih mengamalkan kanibalisme. Pada mulanya, masyarakat peribumi tersebut bersetuju untuk dirakamkan, namun anak-anak muda tadi mula melampaui batas dengan merogol dan membakar penduduk kampung demi mendapatkan footage yang lebih menarik. Filem ini mencetus kontroversi kerana memaparkan elemen ganas dan seks yang keterlaluan. Orang asli dalam filem ini digambarkan tidak berpakaian dan bogel sepenuhnya. Kesannya, filem ini dilarang di kebanyakan negara terutama negara-negara timur termasuk Malaysia.