1. Mata Hari
Nama sebenar Mata Hari adalah Margaretha Geertruida Zelle. Dia berasal dari Belanda dan merupakan seorang janda. Mata Hari berhijrah ke Paris dan menjadi pelacur serta popular dalam kalangan pemimpin dan anggota tentera. Saat meletusnya Perang Dunia Pertama, Mata Hari telah ditangkap oleh pemimpin Perancis kerana disyaki menjadi perisik Jerman. Dia ditangkap pada 1917 dan dijatuhi hukuman bunuh 8 bulan kemudian.
2. Krystyna Skarbek
Wanita kelahiran Poland ini menjadi perisik Operasi Khusus Inggeris selama 6 tahun. Dia merupakan salah seorang perisik paling berjaya ketika Perang Dunia Kedua. Setelah perang tamat, Skarbek mendapati bahawa jasanya tidak dihargai baik oleh negara kelahirannya mahu pun organisasi di mana dia pernah berkhidmat sebelum ini. Skarbek akhirnya hidup dalam kemiskinan dan dibunuh pada 1952 gara-gara menolak cinta seorang lelaki.
3. Violette Szabo
Kisah hidup wanita ini sememangnya menarik sehingga menjadi inspirasi dalam salah satu game Xbox 360, Velvet Assassin. Szabo menjadi perisik sebuah organisasi England. Dia pernah menjalankan misi pengintipan dengan mengawasi gerak geri Perancis. Tidak lama selepas Perang Dunia Kedua meletus, Szabo telah ditangkap oleh tentera Jerman dan dibawa ke Ravensbruck. Szabo dihukum bunuh pada 1945 di usia yang sangat muda, iaitu 23 tahun.
4. Lona Cohen
Cohan merupakan anggota parti komunis untuk Theodore Hall. Dia telah bertanggungjawab membocorkan rahsia bom atas kepada Soviet Union. Setelah perang tamat, Cohan dan suaminya berhijrah ke London. Di sana, pasangan tersebut dijadikan alat oleh Portland Spy Ring (Perisik Soviet di England) bagi melumpuhkan angkatan tentera laut England. Pasangan itu ditangkap setelah England menyedari identiti sebenar Cohen. Dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun, namun dipulangkan semula ke Soviet Union melalu pertukaran dengan perisik England di Soviet. Cohan kembali ke Soviet dan dianggap sebagai wira, dihormati dan menerima Congressional Medal of Honor.
5. Elizabeth Bentley
Bentley merupakan perisik Parti Komunis Amerika Syarikat walaupun sebenarnya dia sedang bekerja untuk polis rahsia Soviet. Ketika Perang Dunia Kedua, Bentley menjadi antara perisik yang banyak memberi faedah kepada Soviet dengan memberi banyak maklumat berkenaan Nazi. Setelah terputus hubungan dengan Soviet Union, Bentley membelot dengan memberi nama 150 perisik Soviet kepada FBI.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...