Blogger WidgetsBlogger Widgets

30 June 2012

Restoran Ini Menggunakan Robot Sebagai Pelayan

Siapa kata pelayan wanita yang seksi dan cantik sahaja mampu menarik ramai pelanggan. Sebuah restoran di bandar Harbin, China membuktikan bahawa robot juga memiliki daya tarikan dan boleh menarik lebih ramai pengunjung. Restoran ini menggunakan khidmat robot-robot untuk memasak dan melayani pelanggan. Restoran ini memiliki 18 jenis robot yang mempunyai tugas masing-masing.



Ketika masuk ke dalam restoran ini, robot yang ditugaskan untuk melayani pelanggan akan menyapa pengunjung dengan ayat "Hello orang Bumi, selamat datang ke Restoran Robot." Setelah pengunjung membuat pesanan, robot yang dikhaskan untuk memasak akan memasak di dapur. Semasa makan, pelanggan akan dihiburkan dengan nyanyian dari robot di situ.


Semua robot di restoran tersebut dicipta oleh Syarikat Robot Haohai Harbin. Menurut ketua jurutera syarikat tersebut, Liu Hasheng, mereka melaburkan 5 juta Yuan dalam membina restoran dan mencipta robot-robot tersebut. Pastinya seronok makan dengan dilayani robot kerana ia merupakan pengalaman baru.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...