Blogger WidgetsBlogger Widgets

19 June 2012

Akibat Kahwin Lari, Kepala Dipenggal Bapa

Seorang bapa di India, Ogad Singh telah menggemparkan penduduk kampung Dungarji, Rajashtani apabila dia dilihat berjalan di sekeliling kampung sambil memegang kepala anak perempuannya yang telah pun putus akibat dipenggal.




Difahamkan, Ogad Singh bertindak di luar kawalan setelah dia marah dengan perbuatan anak perempuannya yang telah kahwin lari dengan kekasihnya. Perbuatan anaknya dianggap memalukan keluarga. Ogad Singh telah memaksa mangsa supaya pulang ke rumah pada hari Ahad lepas sebelum memenggal kepala anaknya semalam.

Setelah puas menayang kepala anak perempuan di khalayak ramai, Ogad Singh akhirnya menyerah diri kepada pihak berkuasa. Menurut maklumat, mangsa pernah berkahwin sebelum ini. Walaubagaimanapun, mangsa telah meninggalkan suaminya dan tinggal semula dengan Ogad Singh selama dua tahun sebelum bertindak melarikan diri dan berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Walaupun sudah memasuki alaf ke 21, namun India masih mengamalkan adat dan tradisi lama walaupun adat tersebut menindas kaum wanita dan sudah tidak relevan lagi di zaman ini. Di negara tersebut, anak perempuan terutama di kawasan pedalaman tidak diizinkan keluar dari rumah dan hanya boleh berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga. Semoga kerajaan India akan tebih tegas dalam menegakkan hak wanita agar wanita mendapat layanan yang sewajarnya.


No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...