Blogger WidgetsBlogger Widgets

11 June 2012

Pil Daripada Mayat Bayi di Korea

Gila dan tidak berperikemanusiaan. Itulah ungkapan yang tepat bagi individu yang terlibat dengan sindiket membuat pil daripada bayi ini. Sebuah pejabat di Seoul, Korea Selatan telah diserbu oleh pasukan polis pada Mei lepas dan hasil serbuan yang dilakukan, terdapat ribuan pil yang dipercayai mengandungi serbuk daripada bayi manusia.

Tubuh Kanak-kanak Ini Perlahan-lahan Menjadi Batu

Ali Mckean merupakan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dari Ohio yang sedang mengejar masa bagi mengubati penyakit aneh dan jarang berlaku yang dialaminya. McKean disahkan menghidap Fibrodysplasia ossificans progressiva (FOP), atau Stone Man Syndrome yang menyebabkan otot tubuh dan sendinya bersatu menjadi tulang padat serta mengakibatkan tubuh 'membatu' secara perlahan-lahan. Sindrom ini merupakan kelainan genetik yang dideritai satu dari dua juta orang. Tubuh pesakit akan mengeras secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan mereka tidak lagi mampu bergerak.


Lelaki Ini Makan Otak & Jantung Rakannya


Kanibalisme berlaku lagi di Amerika. Kali ini seorang mahasiswa telah disyaki membunuh dan memakan sebahagian tubuh rakannya.


Liu Jiangli Dibuang Keluarga Kerana Kelainan Pada Kulitnya


Liu Jiangli merupakan seorang gadis cilik keturunan Tionghoa yang disisih dan ditinggalkan oleh ahli keluarganya sendiri hanya kerana dia kelihatan berbeza daripada kanak-kanak normal yang lain. Ketika berusia dua tahun, ibunya telah meninggalkannya di rumah bersama bapanya. Tetapi tidak lama kemudian si bapa turut sama mengikut jejak ibunya dengan meninggalkan Liu di sebuah sekolah.

Koleksi Beg Yang Kreatif & Lucu

Masyarakat barat lebih suka menggunakan beg daripada kertas berbanding dengan beg plastik. Satu situasi yang harus dicontohi oleh rakyat Malaysia kerana beg plastik lebih banyak keburukan daripada beg kertas. Mungkin beg-beg di bawah ini direka bagi menarik perhatian orang ramai sekaligus menggalakkan penggunaannya demi menyelamatkan alam sekitar. Apapun, beg di bawah ini memang kreatif dan lucu.

 

Siang Pensyarah, Malam Pelacur

Seorang professor di University of Georgia ditahan atas kesalahan menawarkan layanan seks kepada seorang anggota penyiasat yang menyamar. Dia ditangkap di sebuah bilik hotel dalam keadaan berpakaian wanita dan mengaku bernama Sasha.



5 Misteri Fenomena Lautan

Lautan luas yang membiru kelihatan indah dan mengagumkan jika dilihat dari pantai. Ramai manusia yang begitu terpesona dengan keindahan lautan yang kelihatan bagaikan tiada penghujungnya. Orang zaman dahulu begitu takut membelah lautan namun kini, manusia sudah pandai dan berani menguasai dan menerokai lautan luas. Begitu pun, laut juga menyimpan misterinya yang tersendiri sehingga menyebabkan saintis moden hari ini masih sukar untuk mengungkap misteri beberapa fenomena  yang berlaku.

1. Segitiga Bermuda


Segitiga Bermuda merupakan antara tempat yang paling misteri dan fenomenanya membingungkan para saintis. Tempat ini mula terkenal selepas berlakunya kes kehilangan kapal perang yang membawa lima pengebom torpedo Angkatan Laut pada 5 Disember 1945. Sehingga kini, tiada sebarang penemuan mayat mangsa mahupun bangkai kapal direkodkan. Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya 50 kes kehilangan kapal, bot kecil dan kapal terbang di kawasan Segitiga Bermuda. Terdapat  pelbagai teori mengenai kes kehilangan kapal di perairan tersebut. Antaranya ialah teori pseudosains, paranormal, UFO dan gelembung gas methane yang naik ke permukaan laut.

Pelik-Doktor Temui Ikan Hidup Dalam Paru-Paru Seorang Kanak-Kanak

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Madya Pradesh, India telah dikejarkan ke hospital selepas mendakwa mengalamani sesak nafas akibat tertelan seekor ikan hidup. Mangsa, Anil Barela terpaksa melakukan imbasan x-ray sebaik tiba di hospital dan alangkah terperanjatnya para doktor apabila mendapati ikan tersebut terperangkap di dalam paru-paru kanak-kanak malang tersebut.