Blogger WidgetsBlogger Widgets

15 June 2012

Wanita Hamil 7 Bulan Dipaksa Menggugurkan Kandungan


Foto mengerikan seorang wanita yang terbaring di sebelah mayat bayinya telah menimbulkan kemarahan masyarakat China. Feng Jianmei mendakwa dia telah dipaksa menggugurkan kandungannya yang telah memasuki usia 7 bulan hanya kerana dia telah pun mempunyai seorang anak sebelum ini.

5 Lagu Paling Kontroversi Dalam Sejarah

Setiap penulis lirik diberi kebebasan dalam mencipta lagu mereka. Setiap lagu mempunyai kisahnya yang tersendiri. Mungkin kebebasan tersebut mungkin telah disalah guna sehingga menyebabkan segenlintir penulis lirik menulis lagu yang mempunyai unsur-unsur yang keterlaluan sehingga sehingga ada yang mempersoalkan kewujudan Tuhan. Berikut merupakn 5 lagu kontroversi yang hangat diperkatakan sepanjang zaman.

1. Cop Killer- Body Count


Cop Killer merupakan sebuah lagu nyanyian Body Count dari album "Body Count" yang dipasarkan pada 1992. Lagu tersebut menceritakan tentang individu yang marah dan bosan dengan kekasaran polis dan mahu membuat undang-undang sendiri dengan membunuh polis. Lagu ini mendapat kritikan hebat dari individu berpengaruh seperti Goerge Bush, Tipper Gore dan ahli politik yang lain.

Kini Tatoo Juga Boleh Diukir Di Jantung

Mengukir nama pasangan di badan bukanlah perkara asing kerana kita biasa dengar orang lain melakukan perkara tersebut. Namun, mengukir tatoo pada jantung mungkin merupakan perkara yang jangal dan pelik serta memerlukan keberanian yang tinggi. Sebenarnya servis ini memang ada buat individu yang ingin mengukir nama pasangan pada jantung sebagai bukti cinta mereka.


5 Filem Kontroversi Yang Paling Banyak Diharamkan Oleh Pelbagai Negara

Filem merupakan sebuah bentuk hiburan yang digemari ramai. Pelbagai filem dengan genre yang berbeza dihasilkan saban tahun. Namun sesetengah filem memaparkan beberapa adegan yang kurang menyenangkan penonton sehingga menyebabkan tayangannya dilarang di beberapa buah negara. Bagi sesetengah negara pula, filem-filem ini masih boleh ditayangkan namun had umur yang ketat dikenakan kepada penontonnya.

1. Cannibal Holocaust


Filem ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang masuk ke dalam hutan bagi merakam sebuah dokumentari mengenai masyarakat suku asli yang masih mengamalkan kanibalisme. Pada mulanya, masyarakat peribumi tersebut bersetuju untuk dirakamkan, namun anak-anak muda tadi mula melampaui batas dengan merogol dan membakar penduduk kampung demi mendapatkan footage yang lebih menarik. Filem ini mencetus kontroversi kerana memaparkan elemen ganas dan seks yang keterlaluan. Orang asli dalam filem ini digambarkan tidak berpakaian dan bogel sepenuhnya. Kesannya, filem ini dilarang di kebanyakan negara terutama negara-negara timur termasuk Malaysia.

Seni Dari Tengkorak & Tulang Manusia Sebenar

Francois Robert tampil dengan seni yang agar luar biasa. Dia telah menggunakan tulang dan tengkorak manusia sebenar dalam hasil seninya bertujuan bagi mengingatkan orang ramai tentang kesan daripada keganasan. Tulang-tulang manusia merupakan simbol visual yang kuat dalam mewakili tinggalan manusia selepas berakhirnya sebuah kehidupan.


Gabungan Lukisan & Foto Yang Kreatif

Seorang artis Belgium, Ben Heine telah menggabungkan beberapa keping lukisan yang dilukisnya dengan beberapa keping gambar. Hasilnya tampak menarik, real dan unik. Konsep ini lebih kurang sama dengan  dua entries berkaitan yang bertajuk Kreatif-Padankan Wang Kertas Dengan Wajah Anda dan Terlebih Kreatif-Padankan Muka Dengan Majalah Pulak yang pernah saya kongsikan tidak lama dahulu.


Alat Tulis Yang Menyeramkan

Sempena mempromosikan saluran televisyen Jerman yang popular, 13th Street, Jacques Pense menghasilkan koleksi alat tulis seperti sampul surat, sampul cd, kad, surat dan invoice yang mempunyai gambar yang menyeramkan. Alat tulis ini dipasarkan di bawah label Jung Von Matt, sebuah syarikat pengiklanan Jerman.


Bila Makanan & Fesyen Digabungkan

Pada tahun 2009, Lady Gaga pernah muncul dengan pakaian yang diperbuat daripada daging. Ingatkan Lady Gaga sahaja yang pelik dalam berfesyen. Namun Ted Sabarese juga ternyata mempunyai selera berfesyen yang sama. Beliau telah menghasilkan beberapa foto yang memperlihatkan model-model memakai pakaian yang diperbuat daripada makanan seperti sayur-sayuran, daging, roti dan keju. Setiap pakaian mengambil masa kira-kira satu jam untuk dimasak dan digabungkan sehingga membentuk baju, skirt, dress mahupun seluar. Terfikir pula, selesakah individu yang memakai pakaian tersebut ye..?


Sekolah Hijau di Bali

John dan Cynthia Hardy membina sebuah sekolah yang mengamalkan konsep eco-friendly. Sekolah tersebut terletak di Bali. Di sini, para pelajar dapat belajar dalam suasana yang cantik, hijau dan tenang. Sekolah tersebut dibina dengan menggunakan kayu buluh. Ia menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kelas, gim, bangunan fakulti, pejabat dan kafe.


Foto Mata Manusia Yang Begitu Menakjubkan

Sungguh indah ciptaan Tuhan. Kita melihat pelbagai warna mata setiap hari. Namun kita mungkin belum pernah melihat keindahan di sebalik mata manusia. Siri foto menarik dari Suren Manvelyan ini memang menampakkan 'rupa' sebenar mata manusia. Ia merupakan foto mata yang telah di-"close-up"-kan.

"Kita melihat beratus-ratus pasang mata setiap hati, namun kita tidak pernah menyangka mata kita sebenarnya memiliki permukaan yang sangat menakjubkan, umpama permukaan planet asing," ujar Manvelyan.


Rumah Terapung Yang Unik

Sekiranya anda ingin melancong ke Kanada, jangan lupa singgah di rumah terapung Luke Huron. Rumah tersebut betul-betul terletak di atas permukaan air tasik dan untuk pergi ke sana, pengunjung harus menggunakan bot. Rumah tersebut telah direka oleh MOS. Ia menggunakan keluli "pantoons' bagi membolehkannya terapung dan mengikut paras air semasa proses air pasang surut.


Foto Unik-Dulu & Kini

Irina Werning mengadakan sebuah project di mana beliau beliau mengajak orang ramai membawa foto semasa mereka kecil atau muda dan kemudian mengambil semula gambar tersebut dengan menggunakan pakaian dan tempat yang seakan-akan sama. Peserta juga diminta meniru mimik muka gambar lama mereka. Pastinya ia merupakan satu projek yang meninggalkan memori manis buat pesertanya. 

Hotel Gua Di Turki

Industri pelancongan memang menjanjikan pendapatan ang lumayan buat negara dan juga pemilik hotel, chalet serta resort. Turki tidak ketinggalan dalam mendirikan hotel unik bagi meningkatkan kedatangan pelancong tempatan mahupun asing ke dalam negara mereka. Terletak di perkampungan purba di daerah Urgup, sebuah hotel menakjubkan dibina di kaki gunung. Sangat menakjubkan.


Lukisan Haiwan Pada Bibir

Bibir wanita tampak lebih menyerlah seandainya dicalit dengan lipstick nipis. Bagi Paige Thompson, bibir bukanlah sekadar boleh dihiasi dengan lipstick biasa sahaja. Dia membuktikan bahawa bibir juga boleh dijadikan seni dengan melukis beberapa haiwan comel yang menggunakan cat air yang biasanya digunakan untuk melukis muka semasa Halloween. Tak pastilah idea Thompson ini termasuk dalam kategori kreatif atau terlebih kreatif...


Seni Ukiran Daun Yang Kreatif

Kita biasa melihat dan mengagumi seni ukiran kayu dan batu. Tetapi amat jarang sekali kita dapat melihat seni ukir pada daun. Ini kerana daun mempunyai  permukaan yang sangat lembut, halus dan mudah rosak. Bayangkanlah betapa telitinya seorang artis kelahiran Sepanyol ini menghasilkan seni ukiran pada sehelai daun. Pastinya kerja ini memerlukan masa yang lama serta kesabaran yang tinggi.


Restoran Unik di Atas Batu

Sebuah restoran yang terletak berdekatan dengan  pantai Michanwi Pingwe, Zanzibar, Tanzania begitu unik kerana dibina di atas batu besar di tengah-tengah lautan. Restoran ini menyajikan makanan laut yang segar. Pastinya pelanggan merasai satu pengalaman yang menarik kerana dapat makan makanan laut sambil melihat pemandangan Laut Hindi yang membiru.