Perkahwinan merupakan satu moment terindah dan penuh
kebahagian buat setiap insan di muka bumi ini kerana ikatan perkahwinan menandakan penyatuan dua insan. Uniknya, setiap perkahwinan dilangsungkan dengan cara yang
berbeza sesuai dengan agama , latar belakang dan adat resam pasangan pengantin.
Di Malaysia, sangat jarang atau mungkin tidak ada pasangan yang harus
melangsungkan perkahwinan dengan cara yang aneh dan tidak rasional walaupun negara
kita terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum. Dalam entri kali ini, saya
kongsikan sedikit informasi mengenai beberapa tradisi perkahwinan yang aneh dan
jarang berlaku di dunia.
1. Perkahwinan Suku Tidung
Suku Tidung merupakan suku minoriti Indonesia yang menetap di semenanjung Kalimantan dan berhampiran dengan sempadan Sabah dan Sarawak. Setelah pengantin suku ini melansungkan perkahwinan, mereka tidak dibenarkan untuk ke tandas selama 72 jam walaupun mereka mahu membuang air besar atau air kecil, mandi dan menggosok gigi. Ini kerana mereka percaya bahawa adat ini membolehkan pasangan tersebut dianugerahi anak yang banyak dan sihat disamping perkahwinan yang bahagia.
2. Perkahwinan Masyarakat Mauritania
Definisi cantik bagi masyarakat Mauritania berbeza dengan masyarakat dunia. Bagi mereka, gemuk itu cantik dan kurus itu hodoh. Oleh sebab itu, bakal pengantin perempuan Mauritania diwajibkan menjalani ritual 'Leblouh' sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Ritual itu mewajibkan bakal pengantin ditempatkan di sebuah tempat yang digelar 'tempat penampungan lemak' oleh penduduk setempat untuk makan segala jenis makanan agar bakal pengantin gemuk dengan lebih cepat. Menu harian bakal pengantin adalah 2 kg daging dan 5 gelen susu unta. Hidangan harian tersebut mesti dihabiskan dan tidak boleh dimuntahkan kerana jika tidak, mereka akan didenda oleh pengawas yang bertugas.
3. Perkahwinan Masyarakat Scotland
Adat sesuatu yang unik dalam adat perkahwinan masyarakat Scotland. Ketika berlangsungnya majlis perkahwinan, pasangan pengantin harus memakan isi perut kambing biri-biri. Pengantin lelaki pula harus memakai skirt atau gaun. Seterusnya, pengantin perempuan akan disimbah telur mentah, air kotor, sos dan susu basi oleh suaminya, keluarga dan para tetamu.
4. Perkahwinan Haiwan di India
Sebelum ini, saya pernah menulis entri mengenai perkahwinan kanak-kanak ini dalam entri bertajuk Perhubungan Manusia Yang Luarbiasa dan Pelik. Karnamoni Handsa dikahwinkan dengan seekor anjing jantan pada usia 9 tahun dipercayai bagi menghalau roh jahat. Perkahwinan itu dihadiri oleh 100 tetamu.
5. Perkahwinan Masyarakat Rome.
Bagi masyarakat keturunan gipsy di Rome, pengantin lelaki harus menculik pengantin perempuan dan menyembunyikannya selama dua hingga tiga hari sebelum pengantin perempuan secara rasmi menjadi isterinya.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...