Blogger WidgetsBlogger Widgets

25 May 2012

9 Lapangan Terbang Terbaik 2012



Skytarx baru-baru ini telah mengiktiraf 10 buah lapangan terbang terbaik bagi tahun 2012. Daripada 388 buah lapangan terbang di seluruh dunia yang ada, Incheon International Airport di Korea Selatan telah menerima pengiktirafan sebagai lapangan terbang yang terbaik di dunia bagi tahun ini diikuti dengan Changi Airport di Singapura. KLIA pula menduduki tempat kelapan . Senarai 10 lapangan terbang terbaik bagi tahun 2012 ini didominasi oleh negara-negara Asia.  Gambar-gambar di bawah merupakan 10 lapangan terbaik 2012.

1. Incheon International Airport, Seoul
Incheon International Airport mempunyai susun atur yang sangat bersih dan teratur.    Persembahan kebudayaan yang menarik dan percuma selalu dipersembahkan di sini.  Selain itu, lapangan terbang ini juga  menawarkan pelbagai pilihan kedai bebas cukai, proses ‘check-in’ dan imigresen yang cepat serta kakitangan yang sangat bertolak ansur. Wi-Fi percuma disediakan dan komputer riba boleh digunakan di Naver Square.


'Ring Of Fire' May 2012


Semasa berlakunya kejadian gerhana matahari pada Ahad yang lepas, beribu-ribu penduduk di sekitar Asia dan Amerika keluar untuk menyaksikan sendiri fenomena yang jarang berlaku tersebut.
Sebuah satelit Hinode milik Jepun telah merakam gambar-gambar sepanjang berlakunya fenomena tersebut. Satelit Hinode yang mengorbit bumi tetapi sentiasa menunjuk ke arah matahari telah membolehkan pemerhatian tetap pada pusat sistem solar kita.



Tokyo Skytree (Tōkyō Sukai Tsurī)

Tokyo Sky Tree  atau lebih dikenali sebagai New Tokyo Tower ialah sebuah menara penyiaran, restoran dan cerapan di Sumida, Tokyo, Jepun. Ia menjadi struktur buatan tertinggi di Jepun pada 2010 dan mencapai ketinggian maksimumnya 634.0 meter (2,080 kaki) pada Mac 2011, menjadikannya menara komunikasi tertinggi di dunia dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai. Projek ini siap pada 29 Februari 2012, dengan pembukaan awam dijadualkan pada 22 Mei 2012. Kelebihan Tokyo Sky Tree  sudah tentunya adalah gabungan kejuruteraan dan juga kepakaran arkitek serta bahan teknologi yang mampu menahan gegaran gempa bumi.