Blogger WidgetsBlogger Widgets

15 June 2012

Wanita Hamil 7 Bulan Dipaksa Menggugurkan Kandungan


Foto mengerikan seorang wanita yang terbaring di sebelah mayat bayinya telah menimbulkan kemarahan masyarakat China. Feng Jianmei mendakwa dia telah dipaksa menggugurkan kandungannya yang telah memasuki usia 7 bulan hanya kerana dia telah pun mempunyai seorang anak sebelum ini.



China mempunyai populasi penduduk padat sehingga menyebabkan kerajaan menghadkan seorang anak dalam setiap keluarga. Pasangan yang mempunyai anak lebih daripada seorang diwajibkan untuk membayar denda yang berjumlah sehingga £4,000.


Feng telah dibawa ke hospital secara paksa setelah tidak mampu membayar denda tersebut dan disuntik dengan sejenis bahan kimia dikenali sebagai Lifannuo yang mengandungi bakteria kuat dan sering digunakan sekitar tahun 1980an dan 1990an selepas negara tersebut mengamalkan polisi satu anak.


Menurut Feng, selepas bapa mertuanya mengetahui yang dia dibawa ke hospital, orang tua tersebut bergegas ke sana namun malangnya dia telah dihalang untuk memasuki wad obstetrik. Walaubagaimana pun, dakwaan Feng telah dinafikan oleh dinafikan oleh Li Youngjou, timbalan jabatan keluarga Angkang. Li mendakwa Feng tidak pernah dipaksa untuk melakukan pengguguran.


"Kami mengambil masa beberapa hari untuk menasihatinya. Dia sendiri yang bersetuju untuk menggugurkan kandungannya," kat Li.

Tambah Li lagi, China membenarkan pengguguran kandungan yang berusia sehingga minggu yang ke-28.

Kisah wanita ini sangat tragis dan menyentuh hati. Bayangkanlah betapa kasihannya bayi tersebut tidak diberi peluang  hidup semata-mata kerana dia bukanlah anak sulung dan keluarga tidak mampu membayar denda atas 'kewujudannya'. Ternyata ada juga manusia yang lebih kejam dari binatang.





No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...