Tajuk entri kali agak pelik dan kedengaran tidak logik. Namun itulah pengalaman yang dialami oleh 5 orang wanita yang telah melahirkan anak tanpa mengetahui yang selama mereka mengandung. Malah kesemua mereka mendakwa tidak mengalami sebarang tanda-tanda kehamilan seperti wanita hamil yang lain. Kelima-lima ibu ini hanya mengetahui mereka hamil beberapa jam atau minit sebelum mereka bersalin. Pelik bukan..?
1. Amanda Burger
Amanda Burger dari Waterloo, Iowa telah melahirkan seorang bayi perempuan bernama Mckinlee Burger pada 2010 tanpa mengetahui yang dia hamil. Amanda mendakwa yang dia tidak menyedari kehamilannya kerana dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda hamil. Dia juga mendakwa bahawa dia mengalami kitaran haid seperti biasa namun mengakui berat badannya bertambah 7-10 kg.
2. Amanda Prentice
Kisah unik pasangan Prentice pula bermula apabila Amanda Prentice mengalami pendarahan luar biasa pada sehingga menyebabkan suaminya, Bill Prentice membawa Amanda ke hospital. Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan Amanda mengandung 8 bulan. Hal ini menyebabkan suaminya terkejut kerana si isteri tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehamilan dalam tempoh 8 bulan tersebut. Tidak lama kemudian, Amanda melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Aleanna Makenleigh Rose melalui pembedahan Cesarean.
3. Jennifer West
Ketika sedang bercuti bersama suaminya, Jennifer West telah mengalami sakit yang luar biasa dan telah dikejarkan ke hospital. Dia dirawat di wad kecemasan. Hasil pemeriksaan doktor mendapati Jennifer mengandung dan dijangka akan bersalin dalam masa terdekat. Jennifer melahirkan Robert Heyward West 2 jam selepas doktor mengesahkan kehamilannya. Jennifer juga mengaku tidak merasai gejala kehamilan dan dia turut mengambil pil pencegah kehamilan selama ini.
4. Jessica Kosciuszko
Jessica Kosciuszko telah dibawa oleh teman lelakinya ke hospital selepas dia mengadu sakit perut yang luar biasa. Hasil pemeriksaan pakar mendapati dia hamil dan menunjukkan tanda-tanda bersalin. Jessica Kosciuszko melahirkan Alexis Barbara 15 minit selepas disahkan hamil. Dia dan teman lelakinya berkahwin 2 minggu selepas melahirkan Alexis Barbara.
5. Suryati
Suryati merupakan seorang janda dari Indonesia. Pada 7 Mei 2010, dia mengalami sakit perut selepas pulang dari rumah jirannya. Tidak lama kemudian, Suryati melahirkan Wahyu Cahyono. Dia mendakwa anaknya dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan.
saya sudah hamil 5 minggu tetapi tidak merasai gejala-gejala hamil melainkan sakit perut senggugut sahaja...
ReplyDelete