1. Upacara Kematian di China
Upacara kematian di Donghai, China dinilai berdasarkan status si mati. Semakin ramai yang menghadiri upacara tersebut, semakin tinggi status si mati. Justeru, waris akan mengupah penari separuh bogel profesional bagi menarik lebih ramai orang menghadiri upacara tersebut.
2. Upacara Kematian di Madagaskar
Percaya atau tidak, orang Malagasi di Madagaskar mengeluarkan mayat saudara mereka dari kubur dan menyambut perayaan serta menari bersama mayat tersebut. Ritual yang dinamakan Famadihana ini diamalkan kerana penduduk tempatan percaya kononnya roh si mati akan bergabung dengan nenek moyang mereka setelah mayat mula membusuk. Ritual ini dilakukan setiap 7 tahun sekali.
3. Upacara Kematian di Tibet
Iklim dan geografi Tibet menyukarkan upacara pengkebumian biasa dilakukan di sana. Sebagai alternatif, golongan Buddha di Tibet akan pergi ke sebuah tempat yang digelar 'pemakaman langit' di mana mayat akan dicincang, dicampur dengan tepung dan dibiarkan dimakan oleh burung pemakan bangkai.
4. Upacara Kematian di Ghana
Seandainya Micheal Jackson meninggal dunia dan disemadikan di Teshi, sebuah wilayah Ghana, pastinya keranda mendiang akan berbentuk seperti mikrofon. Ini adalah kerana keranda yang dibuat di sini mempunyai pelbagai bentuk dan biasanya warga pinggir Accran akan menguburkan mayat keluarga mereka dengan keranda yang mempunyai bentuk yang berkaitan dengan kerjaya si mati ketika hayatnya. Contohnya, sekiranya si mati adalah nelayan ketika hayatnya, maka kerandanya akan berbentuk ikan atau bot.
5. Upacara Kematian di Amerika Selatan dan Australia
Ritual ini mungkin merupakan ritual yang paling pelik di dunia kerana beberapa suku kaum asli di Amerika Selatan dan Australia mengamalkan Endocannibalisme. Mereka percaya bahawa mereka boleh 'menghisap' sifat-sifat si mati dengan memakan mayat si mati. Ritual ini juga digelar sebagai 'asimilasi roh'.
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...