Blogger WidgetsBlogger Widgets

11 September 2012

Lelaki Ini Menyentuh P@yudara 1000 Orang Wanita

Seorang lelaki warga Rusia mungkin boleh dikatakan bertuah kerana berjaya menyentuh payudara 1000 orang wanita di sepanjang jalan di Moscow sebelum bertemu dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri Rusia. Daripada 6000 wanita yang ditemuinya di jalanan, 1000 daripada mereka telah memberi keizinan. Dikatakan bahawa projek tersebut dijalankan sebagai tanda sokongan masyarakat pada Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin. Sebuah video telah dirakam sepanjang misi tersebut dan turut dimuatnaik dalam laman You Tube .








08 September 2012

Gila-Lelaki Terdesak Cipta Doll $ex Sendiri

Manusia dilahirkan dengan akal fikiran bagi mengawal nafsu. Namun sekiranya nafsu sukar dikawal, perkahwinan merupakan jalan penyelasaian terbaik. Walaubagaimana pun, perkahwinan bukanlah perkara mudah di zaman serba moden ini. Lelaki yang tiada pekerjaan dan wang sangat sukar untuk mencari pasangan. Akibatnya, selain dari mengunjungi rumah pelacuran dan menonton video lucah, ada juga yang sanggup mencipta doll sex sendiri semata-mata untuk memuaskan nafsu. Ternyata manusia zaman sekarang semakin rosak akhlaknya.

Kanak-kanak Ini Tua Sebelum Masanya

Otlanmetse Falaste merupakan kanak-kanak kulit hitam yang sangat tabah dan kuat. Dia baru sahaja berusia 12 tahun. Malangnya, kulit Falaste sudah mula berkedut dan menyebabkan dia kelihatan seperti sudah tua gara-gara sindrom Hutchinson-Gilford yang dihidapinya.


Pura-Pura Cacat Demi Dapatkan Simpati Mengemis

Sebagai manusia biasa, hati kita mudah tersentuh dan simpati melihat pengemis-pengemis yang mengemis di kaki lima. Mudah sahaja kita menghulurkan bantuan berupa wang lebih-lebih lagi apabila pengemis tersebut merupakan ibu yang sedang mengendong anak kecil, orang kelainan upaya (OKU), pesakit kronik atau kanak-kanak. Namun dalam banyak-banyak individu yang mengemis di jalanan, pastinya hanya sedikit sahaja yang benar-benar dalam kesusahan dan tidak mampu. Selebihnya, golongan ini hanya dieksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab dan ada juga yang memilih jalan ini kerana malas. Contohnya, lihat sahaja gelagat dua individu dalam foto di bawah dan anda boleh buat kesimpulan sendiri.


05 September 2012

Pelik-Restoran Pen!s Di China

Rakyat China memang gemar makan makanan yang pelik dan eksotik. Bagi memenuhi selera pelik rakyatnya, sebuah restoran unik yang hanya menyediakan menu berasaskan alat kelamin haiwan jantan telah dibuka di Beijing. Restoran itu dikenali sebagai Gualizhuang. 

Definisi Kecantikan Wanita Mengikut Kaum

Kecantikan membawa pengertian yang sangat luas. Semua manusia sukakan kecantikan. Pandangan mengenai kecantikan berbeza mengikut tempat, adat dan budaya. Berikut merupakan 5 tradisi unik yang membawa maksud kecantikan yang pelbagai.

1. Wanita Mursi, Ethiopia

Wanita suku kaum Mursi terkenal dengan tradisi meletakkan piring tanah liat di bawah bibir mereka. Gadis Mursi akan bertindik di bibir seawal usia 15 tahun. Piring akan diletakkan di tempat yang ditindik secara berperingkat. Bagi suku kaum Mursi, tindikan tersebut adalah simbol kecantikan, kebanggaan dan kematangan seksual.

Rancangan TV Cetus Kontroversi, Kanak-Kanak 4 Tahun Merokok Atas Pentas

Rancangan realiti tv Toddlers and Tiaras sekali lagi mencetus kontroversi apabila salah seorang peserta kanak-kanak tampil atas pentas dengan imej karakter Sandy lakonan Olivia Newton-John dalam filem Grease.

Aksi Destiny ketika tampil dalam rancangan Toddlers & Tiara

5 Makhluk Misteri Yang Tidak Diiktiraf Kewujudannya

Andakah anda peminat cerita misteri? Pernahkah anda menonton siri televisyen, The Lost Tapes yang disiarkan di Discovery Channel dan Animal Planet? Tidak dinafikan, dunia kita memang luas dan masih banyak lagi kawasan pedalaman dan hutan yang masih belum diterokai manusia. Makhluk misteri seperti ikan duyung sehingga kini masih belum disahkan kewujudannya kerana tiada bukti kukuh ditemui walaupun ada sesetengah tampil dengan bukti seperti gambar, video dan rangka makhluk yang didakwa duyung. Bukti-bukti yang ditunjukkan pula masih menimbulkan keraguan dan kesahihannya juga tidak dapat dikenalpasti. Mari kita ketahui 5 haiwan misteri yang popular walaupun kewujudannya tidak dapat disahkan.

1. Bigfoot


Bigfoot digambarkan sebagai makhluk yang berbulu, berbadan besar dan berkaki dua yang dilaporkan muncul di Amerika Utara. Makhluk ini pertama kali dilaporkan sekitar tahun 1950an. Setakat ini, belum ada bukti saintifik seperti gigi, rambut dan tulang ditemui bagi mengesahkan kewujudan makhluk ini. Namun, video pendek rakaman Patterson-Gimlin pada 1967 di California yang memaparkan makhluk yang didakwa bigfoot telah menimbulkan pelbagai teori dan persoalan mengenai makhluk ini.

04 September 2012

5 Perisik Wanita Yang Terkenal Dalam Sejarah

Menjadi agen rahsia dan perisik bagi sesebuah organisasi bukanlah perkara yang mudah apatah lagi jika agen tersebut adalah seorang wanita. Kepintaran, ketangkasan dan keberanian yang tinggi amat diperlukan. Kisah 5 orang agen wanita ini mungkin tidak seperti apa yang sering kita lihat di kaca televisyen. Kebanyakan mereka menjalankan tugas dengan baik namun kehidupan mereka berakhir dengan cara yang sungguh tragik.

1. Mata Hari

Nama sebenar Mata Hari adalah Margaretha Geertruida Zelle. Dia berasal dari Belanda dan merupakan seorang janda. Mata Hari berhijrah ke Paris dan menjadi pelacur serta popular dalam kalangan pemimpin dan anggota tentera. Saat meletusnya Perang Dunia Pertama, Mata Hari telah ditangkap oleh pemimpin Perancis kerana disyaki menjadi perisik Jerman. Dia ditangkap pada 1917 dan dijatuhi hukuman bunuh 8 bulan kemudian.

5 Buah Buku Yang Diperbuat Daripada Kulit Manusia

Amalan menghasilkan buku dari kulit manusia dikenali sebagai anthropodermic bibliopegy. Ia bukanlah sekadar mitos atau lagenda semata-mata, sebaliknya anthropodermic bibliopegy memang benar-benar diamalkan sejak abad ke-17 terutama ketika Revolusi Perancis.Teknik ini digunakan untuk mengumpul dan menggabungkan teks seperti buku anatomi, wasiat dan bukti terakhir serta prosiding kehakiman.  Berikut merupakan 5 buah buku yang diperbuat daripada kulit manusia sebenar.

1. A True and Perfect Relation of the Whole Proceedings Against the Late Most Barbarous Traitors, Garnet A Jesuit and His Confederates


Buku ini dihasilkan pada tahun 1606 dan kulit buku yang digunakan merupakan kulit Father Henry Garnet. Buku ini adalah menceirtakan kegagalan, penangkapan dan pelaksanaan hukuman ke atas Gunpowder Plotter. Gunpowder Plotter adalah sebuah kumpulan Katolik yang menentang dan merancang pembunuhan ke atas Raja James dari England dan anak sulungnya dengan cara meletupkan Houses of Parliament. Walaubagaimana pun, plot tersebut gagal dan semua yang terlibat ditangkap dan dibunuh.