Blogger WidgetsBlogger Widgets

14 June 2012

5 Hotel Dengan Konsep Yang Luar Biasa

Hotel menjadi pilihan penginapan utama buat para pelancong. Lain hotel, lain pula konsepnya. Akibat persaingan dalam bidang pelancongan yang kian sengit, sesetengah pemilik hotel tampil dengan idea dan konsep yang kreatif. Semuanya bertujuan bagi menarik lebih ramai pengunjung. Jom kita saksikan 5 hotel dengan konsep yang menarik, unik dan luar biasa.

1. Jules Undersea Lodge Hotel, Florida


Hotel ini merupakan bekas makmal laut yang juga berada 21 meter di bawah laut. Hotel ini terletak di bahagian bawah Lagoon Emerald, Florida. Untuk sampai ke tempat penginapan, pengunjung harus menyelam.

Wiski Halal-100% Alcohol Free???

Percayakah anda bahawa terdapat sebuah syarikat yang mendakwa wiski keluaran mereka halal dan 100% tiada kandungan alkohol..? Seperti yang kita tahu, wiski mengandungi alkohol yang cukup tinggi iaitu kira-kira 20-55%.  Tetapi wiski berjenama ArKay ini didakwa tiada sebarang kandungan alkohol namun rasanya tetap sama seperti wiski biasa yang mengandungi alkohol.

Kisah Benar Dua Orang Kanak-Kanak Yang Tertukar Saat Dilahirkan Di Hospital 12 Tahun Lepas

Sukar untuk dipercayai. Kisah ini seperti sama seperti siri drama "Autumn In My Heart" dan "Putri Yang Ditukar". Kisah ini bermula 12 tahun lepas. Dua pasangan Rusia, Belyvaeva dan Iskanderov menyambut kelahiran anak perempuan mereka di hospital yang sama 12 tahun lepas. Anak mereka lahir pada hari yang sama dan beza waktu kelahiran hanyalah 15 minit. Kedua pasangan tersebut tertukar anak disebabkan kecuaian pihak hospital. Mereka membesarkan anak mereka tanpa mengetahui hal sebenar selama 12 tahun.


Anna Iskanderov (kiri & Irina Belyaeva (kanan)

Yoga Untuk Bayi..Berbahaya Atau Menyihatkan..?

Seperti yang kita ketahui, yoga merupakan satu senaman yang sangat bermanfaat dan mampu membuat pengamalnya berasa lebih relax. Tapi bolehkah anda bayangkan seandainya yoga turut dipraktikkan pada bayi sekecil usia beberapa minggu sehingga 2 tahun..? Seandainya anda sudah mempunyai anak, pastinya anda akan berfikir 2 kali untuk menghantar anak anda ke kelas yoga Lena Fokina ini.

El Colacho, Ritual Melompat Atas Bayi

Penduduk di Castrill de Murcia, Sepanyol menjalankan satu ritual lama yang dipanggil El Colacho setiap tahun. Saat berlangsungnya ritual tersebut, beberapa orang bayi akan 'dibersihkan' oleh seorang lelaki yang berpakaian serba kuning yang melambangkan syaitan (menurut kepercayaan mereka) dengan cara melompat di atas bayi-bayi yang diletakkan di atas tilam.