Blogger WidgetsBlogger Widgets

15 June 2012

Kini Tatoo Juga Boleh Diukir Di Jantung

Mengukir nama pasangan di badan bukanlah perkara asing kerana kita biasa dengar orang lain melakukan perkara tersebut. Namun, mengukir tatoo pada jantung mungkin merupakan perkara yang jangal dan pelik serta memerlukan keberanian yang tinggi. Sebenarnya servis ini memang ada buat individu yang ingin mengukir nama pasangan pada jantung sebagai bukti cinta mereka.




Menurut sebuah laman web, proses pembedahan dan pengukiran tatoo itu mengambil masa selama 3 jam. Pelanggan bebas memilih ukiran kesukaan mereka dan mereka juga mendakwa telah melakukan lebih dari 500 pembedahan bagi mengukir tatoo.

Proses pembedahan dan pengukiran tatoo tersebut akan dirakam dalam bentuk video bagi membolehkan pelanggan dan pasangannya melihat 'tanda cinta' mereka. Jika pasangan pelanggan mereka curang dan berlakunya perpisahan, pihak tersebut menawarkan diskaun bagi menutupi tatoo lama dengan yang baru.

Pelik dan gila bukan..? Mengukir tatoo pada bahagian dalaman badan agak berisiko kerana sebarang jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi, lebih baik menunjukkan kasih sayang dengan cara yang lebih elok dan rasional daripada membahayakan kesihatan sendiri.

1 comment:

takkan bca je respon la sikit..toink...