Blogger WidgetsBlogger Widgets

20 June 2012

Oxbow Academy, Sekolah Khas Untuk Mengubati Ketagihan Porno

Sebuah sekolah khusus untuk mengubati ketagihan menonton bahan porno telah dibina di Utah, Amerika Syarikat. Sekolah yang diberi nama Oxbow Academy itu terbuka kepada golongan belia yang mahu menjalani terapi dan kaunseling khas agar dapat mengurang sekaligus menghilangkan tabiat buruk tersebut.



Walaupun yuran yang dikenakan agak mahal, iaitu US$9000 sebulan, namun pihak sekolah memberi jaminan bahawa pelajar mereka pasti akan menunjukkan perubahan positif selepas mengikuti terapi dan kaunseling di sini.


Sekolah tersebut berada di kawasan terbuka dan kelihatan seperti tempat perkhemahan. Para pelajar akan tinggal di asrama yang sederhana dan mengikuti jadual harian yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Setiap hari, pelajar-pelajar tersebut akan mengikuti sesi terapi dengan pakar yang bertauliah dan berpengalaman di mana pelajar diharap akan bersikap lebih terbuka dalam menceritakan masalah mereka.



No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...