Blogger WidgetsBlogger Widgets

05 September 2012

Pelik-Restoran Pen!s Di China

Rakyat China memang gemar makan makanan yang pelik dan eksotik. Bagi memenuhi selera pelik rakyatnya, sebuah restoran unik yang hanya menyediakan menu berasaskan alat kelamin haiwan jantan telah dibuka di Beijing. Restoran itu dikenali sebagai Gualizhuang. 

Definisi Kecantikan Wanita Mengikut Kaum

Kecantikan membawa pengertian yang sangat luas. Semua manusia sukakan kecantikan. Pandangan mengenai kecantikan berbeza mengikut tempat, adat dan budaya. Berikut merupakan 5 tradisi unik yang membawa maksud kecantikan yang pelbagai.

1. Wanita Mursi, Ethiopia

Wanita suku kaum Mursi terkenal dengan tradisi meletakkan piring tanah liat di bawah bibir mereka. Gadis Mursi akan bertindik di bibir seawal usia 15 tahun. Piring akan diletakkan di tempat yang ditindik secara berperingkat. Bagi suku kaum Mursi, tindikan tersebut adalah simbol kecantikan, kebanggaan dan kematangan seksual.

Rancangan TV Cetus Kontroversi, Kanak-Kanak 4 Tahun Merokok Atas Pentas

Rancangan realiti tv Toddlers and Tiaras sekali lagi mencetus kontroversi apabila salah seorang peserta kanak-kanak tampil atas pentas dengan imej karakter Sandy lakonan Olivia Newton-John dalam filem Grease.

Aksi Destiny ketika tampil dalam rancangan Toddlers & Tiara

5 Makhluk Misteri Yang Tidak Diiktiraf Kewujudannya

Andakah anda peminat cerita misteri? Pernahkah anda menonton siri televisyen, The Lost Tapes yang disiarkan di Discovery Channel dan Animal Planet? Tidak dinafikan, dunia kita memang luas dan masih banyak lagi kawasan pedalaman dan hutan yang masih belum diterokai manusia. Makhluk misteri seperti ikan duyung sehingga kini masih belum disahkan kewujudannya kerana tiada bukti kukuh ditemui walaupun ada sesetengah tampil dengan bukti seperti gambar, video dan rangka makhluk yang didakwa duyung. Bukti-bukti yang ditunjukkan pula masih menimbulkan keraguan dan kesahihannya juga tidak dapat dikenalpasti. Mari kita ketahui 5 haiwan misteri yang popular walaupun kewujudannya tidak dapat disahkan.

1. Bigfoot


Bigfoot digambarkan sebagai makhluk yang berbulu, berbadan besar dan berkaki dua yang dilaporkan muncul di Amerika Utara. Makhluk ini pertama kali dilaporkan sekitar tahun 1950an. Setakat ini, belum ada bukti saintifik seperti gigi, rambut dan tulang ditemui bagi mengesahkan kewujudan makhluk ini. Namun, video pendek rakaman Patterson-Gimlin pada 1967 di California yang memaparkan makhluk yang didakwa bigfoot telah menimbulkan pelbagai teori dan persoalan mengenai makhluk ini.