Blogger WidgetsBlogger Widgets

20 June 2012

Wartawan China Membuat Kesilapan Memalukan-Sex Toy Disangka Cendawan Yang Misteri & Jarang Ditemui

Seorang wartawan dari Xi'an TV telah melaporkan penemuan sejenis cendawan Lingzhi yang jarang didapati. 'Cendawan' itu telah ditemui oleh seorang petani tempatan ketika lelaki tersebut sedang menggali tanah berdekatan rumahnya di Xi'an, sebuah wilayah Shaanxi, China.



Petani tua itu begitu yakin bahawa dia menemui cendawan Lingzhi walaupun belum mendapat pengesahan dari pakar tumbuhan kerana dia sudah pun mendapatkan maklumat berkenaan cendawan terbabit dalam internet. Sebenarnya, khidmat seorang pakar tidak diperlukan kerana ternyata benda itu bukan tumbuh-tumbuhan sebaliknya hanya sex toy yang menyerupai alat kelamin seorang wanita.


Stesen Xi'an TV kemudiannya memohon maaf dalam laman web rasmi mereka di atas kesilapan tersebut.


"Wartawan kami masih muda dan belum berpengalaman. Kami memohon maaf telah menyesatkan penonton dan menimbulkan perasaan tidak selesa," tulis admin Xi'an TV dalam laman web mereka seperti yang dilaporkan oleh Maydaily semalam, 19 Mei 2012.


Lingzhi membawa maksud panjang umur. Cendawan ini begitu popular di negara komunis tersebut dan telah digunakan sejak 2000 tahun yang lampau. Mujurlah 'cendawan' tersebut masih belum sempat dimasak dan dimakan. Kalau tidak, apalah yang akan berlaku kepada yang memakan 'cendawan' tersebut.





No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...