Blogger WidgetsBlogger Widgets

30 June 2012

Doktor Keluarkan Cacing Berukuran 13cm Dari Mata Lelaki Ini

Seorang lelaki India berusia 75 tahun yang mengalami sakit dan iritasi pada matanya sejak dua minggu lalu telah berjumpa dengan doktor bagi mengenalpasti punca penyakitnya. Lelaki tersebut, P.K. Krishnamurthy telah berjumpa dengan Dr. V. Seetharaman di Hospital Fortis, Mumbai pada minggu  ini. Semasa doktor tersebut melakukan pemeriksaan ke atas mata Krishnamurthy, alangkah terperanjantnya apabila dia mendapati terdapat seekor cacing berukuran kira-kira 13cm berada dalam bola mata pesakitnya.



Satu pembedahan terpaksa dijalankan dengan segera bagi mengeluarkan cacing tersebut. Pembedahan itu mengambil masa selama 15 minit dan turut disaksikan oleh isteri pesakit, Saraswati. Doktor terpaksa membuat satu lubang kecil pada bola mata pesakit tersebut bagi mengeluarkan cacing berkenaan. Cacing itu sempat hidup selama 30 minit selepas dikeluarkan sebelum dibawa ke makmal mikrobiologi untuk proses identifikasi.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...