Blogger WidgetsBlogger Widgets

22 June 2012

5 Foto Yang Pernah Mencetus Kontroversi

Setiap gambar yang diambil oleh jurugambar professional untuk tatapan umum selalunya mengandungi pelbagai mesej yang tersurat. Namun, 5 gambar di bawah ini telah mencetuskan kontroversi dan menjadi kemarahan masyarakat dunia kerana dianggap membawa maksud yang tidak baik dan melanggar sensitiviti sesetengah individu.

1. Brooke Shields


Foto model dan selebriti terkenal ini menjadi foto paling kontroversi sepanjang zaman. Pada 1975, seorang jurugambar fesyen Amerika bernama Garry Gross telah mengambil gambar-gambar bogel Brooke  Shields yang baru berusia 10 tahun pada ketika itu. Foto tersebut diambil untuk sebuah projek bertajuk The Woman in the Child dan telah mendapat keizinan dari ibu Shields sendiri, Teri Shields. Foto tersebut menampilkan Shield berdiri dan duduk di atas tab mandi, memakai alat solek dan dilumur dengan minyak. Gambar-gambar tersebut telah dipaaprkan dalam majalah Little Women dan Sugar and Spice.



2. Piss Christ


Andres Serrano merupakan seorang jurugambar yang terkenal kerana menggunakan tahi, air kencing, darah dan mayat manusia sebenar dalam setiap hasil kerjanya. Serrano dibesarkan dalam sebuah keluarga katolik yang warak. Pada tahun 1987, Serrano mencetuskan kontroversi selepas menghasilkan gambar bertajuk Piss Christ. Imej tersebut memaparkan salib yang telah direndam di dalam air kencing. Selain itu, dalam siri foto-foto tersebut juga ada memaparkan gambar salib yang direndam di dalam pelbagai cecair termasuk susu, darah dan air kencing. Akibat tindakan beraninya, Serrano pernah mendapat ugutan bunuh dari penganut Kristian yang tersingung dengan perbuatannya.

3. Samar Hassan


Pada 2005, seorang jurugambar Amerika bernama Christ Hondros telah pergi ke Iraq . Tanggal 18 Januari 2005, semasa dalam perjalanan ke Tal Afar, Hondros menyaksikan sebuah kereta gagal berhenti semasa melalui pusat pemeriksaan Amerika Syarikat. Tentera Amerika telah menembak kereta tersebut kerana khuatir akan kehadiran pengebom berani mati berada di dalam kereta tersebut. Walaubagaimanapun, anggapan tentera Amerika tersebut ternyata salah. Kereta tersebut sebenarnya membawa sebuah keluarga. Perbuatan terburu-buru tentera tersebut telah mengorbankan sepasang suami isteri dan mencederakan salah seorang dari anak mereka. Hondros yang menyaksikan kejadian tragik itu pantas mengambil gambar Samar Hassan, anak kepada pasangan tersebut yang masih lagi dibasahi darah orang tuanya. Foto tersebut menimbulkan kontroversi dan tersebar dengan pantas sebaik sahaja disiarkan.

4. Sowoneul Malhaebwa (Genie) Cover


Pada tahun 2009, kumpulan popular Korea, Girl's Generation telah mencetus kontroversi selepas tampil dengan gambar-gambar bertema tentera. Gambar tersebut diambil untuk kulit album mini mereka, Sowoneul Malhaibwa. Dalam foto tersebut kelihatan sebuah pesawat yang dilihat menyerupai eplika Japan's A6M Zero. Selain itu, gadis-gadis tersebut juga memakai aksesori dan topi yang mempunyai simbol Third Reich dan Parti Nazi.

5. Foto 9/11 Thomas Hoepker


Thomas Hoepker merupakan jurugambar kelahiran Jerman. Tanggal 11 September 2001, Hoepker berada di New York semasa menara World Trade Centre diserang. Hoepker mengambil ratusan gambar semasa tragedi itu berlaku, namun terdapat satu foto yang paling menonjol dan mencetuskan kontroversi. Foto tersebut menggambarkan rakyat Amerika sedang duduk dengan relax sambil berbual dan menyaksikan keruntuhan menara WTC. Hoepker menyimpan foto tersebut selama 5 tahun. Foto tersebut begitu kontroversi dalam kalangan media Amerika di mana ia menunjukkan kegagalan negara kuasa besar tersebut mendidik generasi muda.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...