Blogger WidgetsBlogger Widgets

19 June 2012

5 Kemalangan Paling Dashyat Di Dunia


Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja tidak kira di jalanraya, rumah, pejabat, kilang, bangunan pencakar langit, loji minyak, loji nuklear dan banyak lagi. Setiap kemalangan pastinya menyebabkan kerugian yang besar dan kadar kematian yang tinggi. Berikut merupakan 5 kemalangan paling dasyat yang pernah tercatat dalam sejarah dunia.

1. Chernobyl


Kemalangan di Chernobyl merupakan kemalangan paling dasyhat pernah direkodkan dalam sejarah. Letupan loji nuklear telah berlaku pada 26 April 1986 di negara Ukraine. Angka korban dianggarkan sebanyak 125000 orang. Kira-kora 200000 penduduk terpaksa dipindahkan dan kemalangan itu menyebabkan jumlah kerugian sebanyak  $200 billion merangkumi kos pembersihan dan pemulihan. Kini, chernobyl merupakan antara tempat tercemar di dunia. Saya pernah menulis entri berkenaan Chernobyl dalam entri bertajuk  5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia sebelum ini.

2. Letupan Pesawat Ulang-Alik Shuttle, Columbia


Tanggal 1 Februari 2003, sebuah pesawat ulang-alik Columbia meletup setelah pesawat tersebut cuba memasuki ruang udara Texas selepas melaksanakan misi di angkasa selama 16 hari. Pembinaan pesawat tersebut menelan belanja UD$6.3 billion. Jumlah kerugian kemalangan tersebut dianggarkan bernilai US$13 billion, merangkumi kos pembuatan pesawat dan siasatan kemalangan.

3. Letupan Prestige Oil


Pada 13 November 2002, sebuah kapal mega yang membawa 77000 tan minyak dikenali sebagai Prestige telah terbelah dua lantas menumpahkan segala isi di dalamnya. Difahamkan, kemalangan tersebut berlaku akibat tekanan yang dihadapi oleh kapten kapal berkaitan dengan wilayah laut yang dilaluinya. Kemalangan tersebut menyebabkan kerugian bernilai US$12 billion merangkumi kos pembersihan tumpahan minyak.

4.  Letupan Challenger


Tanggal 28 Januari 1986, sebuah pesawat ulang-alik, Challeger meletup di udara hanya selepas 73 saat pesawat itu berlepas. Kemalangan itu disebabkan oleh gas yang menyusup ke bahagian luar pesawat sehingga mengakibatkan beban pada tangki bahan bakar. Kos pembaikkan kapal tersebut bernilai US$2 billion manakala kos siasatan dan penggantian peralatan dianggarkan bernilai US$450 juta.

5. Piper Alpha Oil Rig


Pada 6 Julai 1988, berlaku kemalangan dashyat di Piper Alpha yang mengorbankan 167 orang pekerja. Kerugian akibat kemalangan tersebut dianggarkan bernilai US$3.4 billion. Kemalangan tersebut menyebabkan 317000 barrel minyak tumpah. Punca kejadian adalah disebabkan kecuaian pekerja dalam mengawal bekalan minyak di sekitar kawasan penggerudian minyak. Letupan tersebut menghasilkan asap tebal setinggi 300 kaki.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...