Blogger WidgetsBlogger Widgets

01 July 2012

5 Foto Spesies Haiwan Yang Telah Pupus

Terdapat pelbagai spesies haiwan yang telah pupus dan hampir pupus akibat kesilapan manusia. Contohnya, penyu dan gajah merupakan haiwan yang diancam kepupusan kerana gading gajah dan telur penyu diburu atas permintaan manusia yang pentingkan diri. Sekiranya kita tidak menjaga spesies haiwan yang ada sekarang, maka generasi akan datang hanya mampu melihat haiwan-haiwan tersebut melalui gambar sahaja seperti mana kita hanya mampu melihat 5 haiwan yang telah pupus ini di dalam gambar.

1. The Tarpan


Spesies Tarpan yang terakhir mati di Askania Nova, Ukraine pada tahun 1876. Tarpan merupakan jenis kuda prasejarah yang pernah mengembara dari Selatan Perancis dan Sepanyol ke arah timur Rusia. Spesies ini pupus pada akhir 1800an akibat pembukaan kawasan pertanian di kawasan hutan dan padang rumput yang merupakan habitat Tarpan. Para petani memburu haiwan ini kerana takut tanaman mereka dimakan dan dirosakkan oleh Tarpan.



2. The Quagga


Quagga juga merupakan spesies kuda yang telah pupus selain dari Tarpan. Ia merupakan subspesies zebra dan yang menariknya corak kulit kepalanya menyerupai zebra. Quagga liar terakhir telah ditembak pada akhir 1870an manakala Quagga terakhir yang dipelihara mati pada 1883 di sebuah ladang di Amsterdam. Haiwan ini pupus disebabkan oleh pemburuan berleluasa.

3. The Javan Tiger


Harimau Jawa merupakan subspesies harimau yang hanya terdapat di Jawa. Harimau Jawa terakhir mati pada tahun 1980an. Haiwan ini pupus akibat populasi manusia yang kian bertambah di pulau tersebut sehingga menyebabkan kerosakan habitat hutan. Harimau Jawa juga sering diburu sehingga populasi haiwan ini hanya tinggal 25 ekor pada 1950an.

4. The Syrian Wild Ass


Spesies terakhir haiwan ini mati pada 1928 di sebuah ladang di Wina. Sebelum abad ke-18, habitat spesies ini meliputi kawasan pergunungan, gurun dan padang rumput Palestine dan Iraq. Penyebab kepupusan haiwan ini ialah kemusnahan habitat semulajadi akibat perang dunia pertama.

5. Passenger Pigeon


Pada mulanya, spesies burung tersebut tidak termasuk dalam spesies haiwan yang diancam kepupusan. Haiwan ini mula diancam kepupusan ketika dagingnya dikomersialkan dan diakui sebagai makanan yang murah. Spesies burung ini diburu secara besar-besaran. Spesies Passenger Pigeon terakhir bernama Martha mati pada 1 September 1914.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...