Blogger WidgetsBlogger Widgets

30 June 2012

Pencuri Ini Tersepit Di Pintu Kedai Selama 9 Jam

Niat mencuri seorang lelaki berusia 53 tahun tidak kesampaian apabila dia tersepit di bawah pintu kedai selama 9 jam. Kejadian itu berlaku di sebuah kedai di Brocton, Massachusette, Amerika Syarikat.




"Ketika berusaha membuka pintu kedai, mangga besi tiba-tiba sahaja terlepas sehingga pintu tersebut jatuh mengenai leher lelaki tersebut. Kepala lelaki itu tersepit menghadap lantai," tulis akhbar Enterprise, yang dikutip dari Orange.

Lelaki tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana pintu itu agak berat. Keesokkan harinya, pemilik kedai tersebut, John Rodriguez terkejut apabila dia menemui seorang lelaki yang kepalanya tersepit di pintu kedainya. Menurut Rodriguez, lelaki tersebut mendakwa dia sedang membaiki pintu kedai yang rosak sebelum tersepit namun pemilik kedai itu tidak percaya dan dia terus menghubungi polis. Lelaki itu terpaksa dibawa ke hospital bagi memeriksa lehernya sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...