Blogger WidgetsBlogger Widgets

01 July 2012

5 Rumah Termahal Di Dunia

Rumah merupakan keperluan asas terpenting bagi manusia. Rumah juga menggambarkan status dan tahap kewangan seseorang individu. Semakin besar, mahal dan mewah rumah seseorang, semakin tinggi status individu tersebut. Mari kita ketahui 5 buah rumah paling mahal di dunia. Pastinya rumah ini adalah rumah termewah di dunia.

1. Antilla


Antilla merupakan rumah termahal di dunia. Ia milik Mukesh Ambani yang merupakan antara inividu terkaya di dunia. Rumah 27 tingkat ini terletak di India dan ia diangarkan bernilai US$1 billion.

Perkahwinan Paling Gila-Berkahwin Tanpa Pakaian




9 pasangan telah melansungkan perkahwinan di sebuah resort di Jamaica dalam keadaan berbogel. Mereka hanya memakai sunblock dan veil sambil membawa bunga bagi menutupi bahagian 'sensitif' masing-masing. Majlis itu sepatutnya meraikan 10 pasangan pengantin namun sepasang pengantin telah menarik diri dari acara tersebut. Sebelum ini, perkahwinan gila seperti ini pernah diadakan pada tahun 2001 namun telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan bantahan dari penduduk Jamaica. Penduduk di situ beranggapan bahawa perkahwinan bogel boleh merosakkan imej Jamaica. Namun tahun ini, tiada sebarang bantahan saat perkahwinan bogel tersebut dilangsungkan.



Salar De Uyuni, Fenomena Cermin Raksasa Semulajadi


Salar De Uyuni yang turut digelar sebagai 'syurga dunia' berada berdekatan dengan puncak Andes pada ketinggian 11 995 kaki dari aras laut. Ia terletak di Bolivia dan terkenal dengan fenomena cermin raksasa semulajadi


5 Foto Spesies Haiwan Yang Telah Pupus

Terdapat pelbagai spesies haiwan yang telah pupus dan hampir pupus akibat kesilapan manusia. Contohnya, penyu dan gajah merupakan haiwan yang diancam kepupusan kerana gading gajah dan telur penyu diburu atas permintaan manusia yang pentingkan diri. Sekiranya kita tidak menjaga spesies haiwan yang ada sekarang, maka generasi akan datang hanya mampu melihat haiwan-haiwan tersebut melalui gambar sahaja seperti mana kita hanya mampu melihat 5 haiwan yang telah pupus ini di dalam gambar.

1. The Tarpan


Spesies Tarpan yang terakhir mati di Askania Nova, Ukraine pada tahun 1876. Tarpan merupakan jenis kuda prasejarah yang pernah mengembara dari Selatan Perancis dan Sepanyol ke arah timur Rusia. Spesies ini pupus pada akhir 1800an akibat pembukaan kawasan pertanian di kawasan hutan dan padang rumput yang merupakan habitat Tarpan. Para petani memburu haiwan ini kerana takut tanaman mereka dimakan dan dirosakkan oleh Tarpan.

5 Letupan Nuklear Paling Dahsyat Dalam Sejarah

Nuklear merupakan senjata moden yang paling digeruni kerana mampu membawa kemusnahan yang besar dalam masa singkat. Berikut merupakan 5 letupan nuklear paling dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah. Ada yang benar-benar dilepaskan bagi tujuan peperangan dan ada juga yang dilepaskan untuk dijadikan ujian sahaja. Apa pun, impak dari nuklear memang menakutkan dan semoga tiada lagi nuklear yang digunakan untuk peperangan selain dari tragedi Hiroshima dan Nagasaki.



1. Foto ini diambil oleh seorang tentera Perancis pada 3 Julai 1970. Operasi nuklear ini dijalankan di sebuah tempat yang dikenali sebagai Fangataufa. Kod bom ini ialah Canopus. Ia memiliki kekuatan ledakan sebesar 914 kt dan dihasilkan oleh Perancis.


5 Hukuman Penjara Paling Lama Dalam Sejarah


Dari waktu ke waktu, kejahatan terus berkembang. Begitu juga dengan hukuman yang diberikan selalu berkembang untuk memberikan rasa keadilan bagi masyarakat. Berikut merupakan 5 hukuman terberat di dunia berdasarkan laman web topcultured.com.


1. Gabriel March Grandos
Pada tahun 1972, seorang warga Palma de Mallorca, Sepanyol, Gabriel March Grandos, 22 dijatuhi hukuman penjara selama 384 912 tahun karena telah menggelapkan lebih dari 4 ribu surat. Hukuman ini menjadi hukuman terlama sepanjang sejarah di dunia.

5 Manusia Paling Tinggi Di Dunia

Manusia yang memiliki ketinggian luarbiasa telah lama direkodkan dalam sejarah. Keistimewaan yang dimiliki membuat mereka menjadi terkenal sehingga kini meskipun ada antara mereka yang telah meninggal dunia. Berikut merupakan 5 individu tertinggi di dunia.

1. Robert Wadlow,8′ 11.1″


Robert Wadlow dari Alton, Illinois merupakan manusia paling tinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah. Ketinggiannya mencapai 8′ 11.1″. Wadlow lahir pada 1918 dan dia merupakan anak sulung dari 5 adik beradik. Wadlow meninggal dunia dalam usia yang begitu muda, iaitu 22 tahun. 

Fesyen Unik Remaja Jepun

Tidak dinafikan fesyen dari Jepun turut mempunyai pengaruh tersendiri. Ramai juga remaja lain yang berminat dan meniru fesyen remaja Jepun. Fesyen anak-anak muda ini mungkin kelihatan pelik dan dipengaruhi watak anime, namun secara peribadi saya kagum dengan keberanian mereka dalam menampil fesyen seperti ini. Ada yang nampak unik, cantik dan ada juga yang nampak tidak sesuai. Apapun, setiap orang punya cita rasa yang berlainan.


4 Foto Bersejarah Yang Telah Diedit

Ternyata budaya edit foto bukan perkara baru. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa orang pemimpin dan individu terkenal dalam sejarah dunia yang telah pun mengubahsuai gamabr mereka sama ada untuk kelihatan lebih menarik ataupun kerana kepentingan politik semata.

1. Abraham Lincoln (1860)


5 Kemalangan Lif Paling Tragis

Bagi penduduk Malaysia, kita sudah terbiasa menggunakan lif. Bagi yang tinggal di rumah jenis kondominium dan apartment, lif menjadi alat pengangkutan yang penting. Keselamatan dan kualiti sebuah lif begitu diutamakan dan dititikberatkan sebelum ia boleh diguna oleh orang awam. Namun bak kata pepatah, malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja. Berikut merupakan 5 kemalangan tragis yang pernah berlaku dalam lif. Mujurlah tiada kes seumpama ini pernah berlaku di negara kita. Selepas ini, eloklah kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada walau di mana kita berada.

1.  Isaac Jordan


Isaac Jordan merupakan satu-satunya ahli kongres Amerika Syarikat yang terbunuh akibat kemalangan lif. Beliau lahir di Pennsylvania pada 1835. Selain menyandang jawatan sebagai ahli kongres, beliau juga merupakan pengasas Sigma Chi. Beliau meninggal dunia pada 1890, selepas pulang dari pejabatnya di Cincinnati, Ohio. Jordan menekan butang "paused" pada pintu masuk lift dan berpaling untuk menyapa sahabatnya. Ketika sedang berbual dengan rakannya, Jordan membelakangi pintu lift dan beliau tidak menyedari bahawa lift tersebut sudah bergerak ke tingkat atas dalam keadaan separuh dari pintu masih terbuka. Dengan pergerakan yang cepat dan masih menghadap rakannya, Jordan berundur ke arah pintu lift yang masih terbuka dan terjatuh.