06 June 2012
Nama Produk Yang Terlebih Kreatif & Agak 18SX
Dunia perniagaan memang banyak persaingan. Ahli perniagaan baik yang baru bertapak mahupun yang sudah memiliki perniagaan yang stabil sentiasa berlumba-lumba mencari jalan untuk meningkatkan hasil jualan mereka. Dan bagi pengeluar produk-produk di bawah ini, memberi nama produk yang agak 18sx menjadi pilihan bagi mendapatkan perhatian pelanggan sekali gus melariskan jualan. Macam-macam ragam dunia sekarang, kan?
Labels:
Dunia Aneh,
Dunia Yang Terlebih Kreatif
Hadiah Perceraian Yang Pelik dan Tak Masuk Akal
Perceraian merupakan perkara yang menakutkan dan ingin dielakkan oleh semua individu yang berumahtangga. Namun bagi pasangan yang sudah tidak dapat menyelamatkan rumah tangga mereka mungkin kerana berlakunya satu pergaduhan besar sehingga sudah tidak boleh berjumpa lagi kerana takut perang dunia ketiga pula akan meletus, ada hadiah perceraian pelik yang dikirim. Tujuannya, hanya si pengirim sahaja yang tahu. Kedengaran agak pelik dan melampau kan? Itulah pendapat peribadi saya. Jom kita lihat apakah jenis hadiah perceraian yang takk masuk akal yang ada di pasaran.
Keranda untuk menyimpan cincin perkahwinan |
Labels:
Dunia Yang Terlebih Kreatif
5 Individu Yang Gemar Mengumpul Barang Milik Orang Yang Sudah Meninggal Dunia
Semua orang memiliki hobi. Namun ada juga yang memiliki hobi yang aneh dan dan sanggup menghabiskan wang demi mengumpul koleksi peribadi. Koleksi peribadi yang saya maksudkan di sini bukanlah mengumpul setem atau minuman coca-cola sebaliknya mengumpul barang-barang peribadi seperti rambut, tulang, kulit yang mempunyai tatoo, topeng mayat dan juga cetakan alat seksual selebriti dan tokoh yang terkenal. Pelik bukan..?
1. Dr Katsunari Fukushi
Setakat ini Dr Fukushi berjaya mengumpulkan sebanyak 100 tatoo tradisional dari kulit orang yang telah meninggal dunia yang telah pun diawet.
1. Dr Katsunari Fukushi
Setakat ini Dr Fukushi berjaya mengumpulkan sebanyak 100 tatoo tradisional dari kulit orang yang telah meninggal dunia yang telah pun diawet.
Labels:
Dunia Aneh,
Dunia Yang Terlebih Kreatif
Jawapan Kepada Soalan Peperiksaan Yang Terlebih Kreatif Bhg 2
Peperiksaan dan alam persekolahan memang tidak dapat dipisahkan dan dielakkan. Agak tertekan juga apabila kita berhempas pulas belajar tapi semasa menjawab soalan peperiksaan, tiba-tiba apa yang kita hafal hilang serta merta. Blank. Tension kan..? Mungkin itulah yang dialami tuan punya kertas peperiksaan ini.
5 Game Popular Yang Pernah Diharamkan Di Dunia
Permainan video game semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda sebagai medium hiburan dan juga untuk melepaskan tekanan. Pelbagai jenis permainan telah dicipta tetapi ada segelintir telah diharamkan oleh negara-negara tertentu atas pelbagai alasan.
1. Pokemon
Negara: Arab Saudi
Alasan: Mempromosikan perjudian dan juga ada kaitan dengan zionisme.
1. Pokemon
Negara: Arab Saudi
Alasan: Mempromosikan perjudian dan juga ada kaitan dengan zionisme.
Labels:
Cerita Dunia
Tempat-tempat Yang Tidak Boleh Dijejaki Melalui Google Earth & Google Maps
Sebenarnya terdapat banyak tempat di dunia ini yang tidak boleh dilihat melalui Google Earth mahupun Google Maps atas pelbagai alasan termasuk keamanan, privasi mahupun politik. Berikut merupakan tempat-tempat yang tidak boleh dilihat atau dijejaki dengan menggunakan kemudahan Google Earth dan Google Maps.
Alasan 1:Pengaruh Kerajaan, Keluarga Diraja dan Tentera
White House
Gambar digital dari White House telah dihapus atas sebab keamanan dan keselamatan.
Labels:
Cerita Dunia
Style Bertindik Yang Terlebih Kreatif
Bertindik menjadi pilihan kebanyakan generasi muda terutama di barat. Demi mendapatkan kepuasan dalam bertindik yang melampau, sesetengah orang rela menahan kesakitan. Namun hasilnya, tindikan itu tidak kelihatan cool, sebaliknya kelihatan pelik dan mengerikan bahkan ada juga yang nampak lawak.
Labels:
Dunia Aneh,
Dunia Yang Terlebih Kreatif
5 Manusia Yang Diasuh dan Dibesarkan Haiwan
Mungkin tajuk entri kali ini kedengaran agak pelik. Betulkah ada manusia yang hidup, diasuh dan dibesarkan oleh haiwan seperti dalam cerita Tarzan..? Ya, memang perkara ini benar-benar berlaku dan telah berlaku kepada beberapa orang individu. Mereka kebanyakannya ditinggalkan atau sesat dalam hutan dan kemudian ditemui semula dalam keadaan liar di mana mereka tidak mampu bercakap, menyesuaikan diri dengan masyarakat dan hanya mahu makan makanan mentah. Kasihan bukan..? Terfikir juga bagaimanakah mereka melalui kehidupan di hutan bersama haiwan liar selama bertahun-tahun. Berikut merupakan 5 kisah individu yang telah tinggal di hutan selama bertahun-tahun dan telah ditemui semula.
1. Ukraine Dog Girl
Oxana Malaya telah ditinggalkan oleh ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab di kandang anjing semasa dia berumur 3 tahun. Dia membesar tanpa asuhan orang tua, yang ada hanya anjing-anjing di kandang tersbut. Oxana telah ditemui semula pada 1991 iaitu semasa dia berumur 8 tahun. Ketika ditemui, dia tidak mampu bertutur sebaliknya hanya mampu menggonggong dan berlari sambil merangkak. Kini, setelah 20 tahun berlalu, Oxana bekerja sebagai di sebuah ladang penternakan berdekatan hospital psikiatri tempat dia tinggal. Dia telah diajar bertutur namun Oxana masih mengalami gangguan kognitif.
Labels:
Cerita Dunia
5 Foto Kontroversi Kanak-Kanak Yang Menggemparkan Dunia
Jika kita lihat foto-foto di bawah ini, mungkin kita akan terfikir bahawa foto-foto ini hanya palsu semata, paling tidak pun foto ini mesti telah di-photoshop-kan. Tetapi sebenarnya, foto-foto ini memang asli dan benar-benar berlaku. Mari kita ketahui kisah di sebalik foto kanak-kanak yang menimbulkan kontroversi ini.
1. Steampunk Tibet Kid
Foto ini kelihatan seperti poster versi Bollywood. Ia juga kelihatan seperti para pengembara yang sedang berbual berdekatan dengan unggun api. Tetapi sebenarnya, individu dalam foto ini adalah anak dan bapa kandung yang sedang dalam perjalanan ke pergunungan Kailash secara haram.
1. Steampunk Tibet Kid
Foto ini kelihatan seperti poster versi Bollywood. Ia juga kelihatan seperti para pengembara yang sedang berbual berdekatan dengan unggun api. Tetapi sebenarnya, individu dalam foto ini adalah anak dan bapa kandung yang sedang dalam perjalanan ke pergunungan Kailash secara haram.
Labels:
Cerita Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)