Blogger WidgetsBlogger Widgets

21 June 2012

4 Ratu Cantik Yang Pernah Mencetus Kontroversi

Pertandingan ratu cantik sememangnya mendapat perhatian dunia. Pertandingan ratu cantik tidak hanya memperpertandingkan kecantikan semata, malah lebih dari itu. Terdapat pelbagai kisah menarik di sebalik pertandingan Miss World dari kisah sedih hinggalah ke kisah yang gembira. Berikut merupakan 4 kisah wanita cantik yang pernah mencetuskan kontroversi.

1. Majorie Wallace


Gadis cantik kelahiran Amerika Syarikat ini memegang takhta Miss World pada tahun 1973. Gelaran Miss World milik Wallace hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja sebelum ia ditarik semula berikutan gosip cinta Wallace dengan banyak lelaki termasuk Tom Jones telah tersebar. Jawatankuasa Miss World berpendapat bahawa Wallace gagal menggalas tugas sebagai Miss World dengan baik. Setelah kehilangan mahkota, Wallace meneruskan kerjaya dalam bidang penyiaran.



2. Gabriela Brum


Wanita kelahiran Jerman ini merupakan penyandang gelaran Miss World dalam jangka masa yang paling pendek dalam sejarah. Brummenarik diri setelah 18 jam mendapat gelaran berprestij tersebut akibat penyebaran foto bogelnya. Setelah kes itu mendapat perhatian dunia, dia berpindah ke Amerika Syarikat dan nekad menjadi model bogel untuk majalah Playboy.

3. Lili Chen


Penyanyi dan pelakon kelahiran Sichuan ini berharap akan menjadi wanita China pertama yang memegang gelaran Miss Universe pada tahun 2004. Walaubagaimanapun, permohonannya ditolak kerana dia merupaka golongan transeksual.

4. Lesley Langley


Gadis cantik dari Britain ini merupakan penyandang gelaran Miss World 1965. Langley mencetus kontroversi selepas foto bogelnya tersebar di media. Langley mengakui foto-foto itu miliknya walaubagaimanapun, dia menyatakan foto itu diambil sebelum menyertai pertandingan ratu cantik tersebut.





No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...