Blogger WidgetsBlogger Widgets

28 August 2012

Didikan Ekstrim Seorang Bapa Dari China

He Liesheng merupakan seorang bapa beranak satu dari China yang pernah mencetus kontroversi beberapa tahun lalu di mana dia mengarahkan anak lelakinya berlari dan melakukan push up dengan hanya memakai seluar dalam ketika musim sejuk. Saat itu, anak He yang mesra dipanggil  Duodo baru berusia 3 tahun. Didikan tegas terhadap anaknya menjadi bualan hangat masyarakat global kerana dilihat terlalu ekstrim dan boleh dikategorikan kejam.


Foto X-Ray Objek Aneh Tertinggal Dalam Organ Intim

Apabila diri telah dikuasai nafsu, manusia gagal membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kadang kala manusia tidak memikirkan kesan daripada tindakan bodoh mereka. Berikut merupakan foto hasil dari x-ray yang diambil ketika pesakit mendapatkan rawatan di hospital setelah gagal mengeluarkan alat-alat tertentu dari organ intim mereka.


Haiwan Peliharaan Yang Jarang Dipelihara

Manusia secara semulajadi mempunyai naluri sayangkan haiwan. Kucing, anjing dan ikan biasanya menjadi haiwan peliharaan yang popular. Namun tahukah anda, ada segelintir individu menjadikan haiwan-haiwan liar seperti harimau, ular dan khinzir sebagai haiwan peliharaan kesayangan mereka. Menariknya, pemilik haiwan-haiwan ini tidak gentar memelihara haiwan kesayangan mereka di dalam rumah mereka sendiri.

1. Susie & Colin Webb


Pasangan Webb telah membeli seekor anak khinzir melalui internet kira-kira 19 bulan yang lalu. Anak khinzir itu telah diberi nama Babe. Kini, Babe memiliki saiz yang agar besar dengan berat 158.7 kg.

Kanak-kanak Ini Seberat 63.5 kg Di Usia 3 Tahun

Ternyata masalah obesiti tidak hanya berlaku di zaman moden ini. Obesiti telah mula menghantui masyarakat dunia sejak dari zaman dahulu lagi. Hal ini dibuktikan melalui sebuah rakaman video dari tahun 1930an yang telah dimuatnaik dalam laman Youtube.

Foto Luarbiasa Dunia Pedalaman

Timothy Allen telah mengembara di setiap pelosok dunia dan meredah gunung serta hutan bagi menyaksikan sendiri kehidupan sebenar suku asli di benua Asia dan Afrika. Beliau turut merakam foto-foto menarik sepanjang pengembaraann beliau. Walau jauh dari bandar dan dunia berteknologi tinggi, namun dunia pedalaman yang dihuni oleh suku asli  ternyata mempunyai keindahan dan keunikan yang tersendiri. 


Pengemis Yang Terlebih Kreatif

Golongan pengemis wujud hampir di setiap negara di dunia. Di Malaysia, kita biasanya melihat golongan ini di pasar malam atau di tempat-tempat yang menjadi tarikan orang ramai dan pelancong asing. Tatkala melihat golongan ini duduk di jalanan dengan pakaian yang lusuh, pastinya hati akan tersentuh dan terdetik untuk membantu mereka walaupun dengan meghulurkan wang yang tidak seberapa.

Namun di luar negara, terutamanya di negara maju seperti Amerika Syarikat, golongan pengemis terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan perhatian dan simpati orang ramai. Lantas segelintir daripada mereka tampil dengan kostum dan mesej yang unik dan ada juga yang tidak masuk akal. Mujurlah di Malaysia masih belum ada situasi seperti ini.


Luytla-duymun, Pulau Berawan

Pernahkah anda membayangkan sebuah pulau kecil yang dilitupi oleh awan tebal? Fenomena unik dan jarang berlaku ini hanya dapat dilihat sekiranya anda mengunjungi Pulau Luytla-Duymun. Pulau Luytla-Duymun merupakan pulau terkecil daripada 18 buah pulau yang terletak di antara negara Scotland dan Iceland. Pulau ini hanya seluas 0.8km persegi dan tidak berpenghuni.