Blogger WidgetsBlogger Widgets

15 June 2012

5 Filem Kontroversi Yang Paling Banyak Diharamkan Oleh Pelbagai Negara

Filem merupakan sebuah bentuk hiburan yang digemari ramai. Pelbagai filem dengan genre yang berbeza dihasilkan saban tahun. Namun sesetengah filem memaparkan beberapa adegan yang kurang menyenangkan penonton sehingga menyebabkan tayangannya dilarang di beberapa buah negara. Bagi sesetengah negara pula, filem-filem ini masih boleh ditayangkan namun had umur yang ketat dikenakan kepada penontonnya.

1. Cannibal Holocaust


Filem ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang masuk ke dalam hutan bagi merakam sebuah dokumentari mengenai masyarakat suku asli yang masih mengamalkan kanibalisme. Pada mulanya, masyarakat peribumi tersebut bersetuju untuk dirakamkan, namun anak-anak muda tadi mula melampaui batas dengan merogol dan membakar penduduk kampung demi mendapatkan footage yang lebih menarik. Filem ini mencetus kontroversi kerana memaparkan elemen ganas dan seks yang keterlaluan. Orang asli dalam filem ini digambarkan tidak berpakaian dan bogel sepenuhnya. Kesannya, filem ini dilarang di kebanyakan negara terutama negara-negara timur termasuk Malaysia.



2. Saw


Filem ini merupakan salah satu filem kegemaran saya. Saw mempunyai banyak siri dan ia mengisahkan mengenai permainan extreme antara hidup dan mati yang harus ditempuhi oleh individu-individu terpilih. Antara permainan yang terpaksa ditempuhi oleh mangsa adalah mengambil kunci dari perut mayat untuk melepaskan diri dan memotong anggota badan paling banyak dan berat. Bagi yang berani melihat aksi kepala dan badan meletup atau dihimpit dengan dinding, bolehlah menonton filem ini.

3. A Clockwork Orange


Filem ini diharamkan tayangannya oleh banyak negara termasuk Malaysia, Ireland, Britain, Singapura, Korea Selatan dan Sepanyol. Diadaptasi dari novel popular Anthony Burgess, A Clockwork Orange mengisahkan Alex dan kawan-kawannya yang gemar melakukan keganasan seperti merogol dan membunuh. Filem ini memaparkan banyak aksi ganas, masalah sosial dalam kalangan anak muda, masalah politik dan ekonomi.

4. The Exorcist


Filem ini diharamkan di tiga buah negara iaitu Britain, Malaysia dan Singapura. The Exorcist merupakan antara filem horror yang penuh kontroversi yang mengisahkan tentang gadis berusia 12 tahun yang telah dirasuk oleh roh jahat. Dua orang paderi melakukan upacara exorcism bagi menyelamatkan roh gadis itu. Filem ini mendapat kritikan yang hebat ketika memenangi 2 anugerah Oscar bagi kategori Best Sound dan Best Writing.

5. I Spit On Your Grave


Filem ini juga dikenali dengan nama Day of the Woman. Filem ini telah diharamkan di Finland, Australia, China, Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, New Zealand, Canada, Iceland, Norway, Barat Jerman, Ireland dan Britain. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang berhijrah ke New York untuk menulis novel pertamanya. Dia kemudian telah ditangkap oleh sekumpulan lelaki tempatan yang kemudiannya telah merogol dan memusnahkan novelnya. Kumpulan lelaki tersebut kemudiannya mengupah seorang lelaki untuk membunuh wanita tersebut namun lelaki itu tidak sampai hati. Selepas wanita tersebut sembuh, dia memulakan rancangannya untuk membalas dendam dengan membunuh kesemuanya dengan kejam. Filem ini menimbulkan kontroversi kerana ramai pihak berpendapat bahawa ia mengekspoitasi golongan wanita.








No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...