Blogger WidgetsBlogger Widgets

24 June 2012

5 Teori Konspirasi Terbesar Dalam Sejarah

Teori konspirasi gemar dikaitkan dengan kematian individu terkenal dan tragedi penting dalam sejarah. Berikut merupakan 5 teori konspirasi terbesar dan terkenal sehingga kini serta masih lagi hangat dibincangkan walaupun peristiwa tersebut telah lama berlaku.

1. Tragedi 11 September 2001


Tragedi terbesar dan terburuk yang berlaku pada dekad terakhir ini pastinya tragedi 11 September. Ia berlaku pada pagi 11 September 2001 di mana kapal terbang yang telah dirampas melanggar bangunan berkembar tersebut. Terdapat teori mengatakan serangan tersebut dilakukan oleh Bush sendiri bagi meraih sokongan tindakan ketenteraan ke atas dunia Islam.

2. Pendaratan Manusia Ke Bulan


Sejak manusia pertama, Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, tiada lagi pendaratan ke bulan direkodkan. Ramai pihak meragui kebenaran pendaratan Armstrong memandangkan bendera di belakang angkasawan tersebut dilihat berkibar sedangkan kita sedia maklum tiada sebarang graviti di bulan. 

3. Kematian Puteri Diana


Puteri Diana merupakan salah seorang puteri paling cantik di dunia. Ramai individu mengagumi puteri tersebut kerana gemar melakukan kerja amal sepanjang hayatnya. Ibu kepada pewaris takhta Britain itu meninggal dunia dalam kemalangan tragik pada 1997. Kemalangan tersebut turut mengorbankan teman lelakinya yang merupakan seorang Muslim. Teori konspirasi mengenai kematian puteri ini kekal misteri. Sesetengah pihak mendakwa kemalangan tersebut dirancang oleh kerabat diraja bagi menghalang puteri tersebut berkahwin dengan lelaki Muslim.

4. Pembunuhan John F. Kennedy


JFK merupakan salah seorang presiden Amerika yang popular. Dia telah dibunuh oleh Lee Harvey Oswald. Spekulasi kematiannya tidak berakhir begitu sahaja walaupun pembunuh telah ditangkap. Terdapat pelbagai teori konspirasi mengenai pembunuhan presiden tersebut. Antaranya ialah kemungkinan pembunuhan didalangi oleh kumpulan pemberontak Cuban, CIA, KGB dan juga keinginan naib presiden Amerika pada ketika itu yang dikatakan ingin mengambil alih kedudukan JFK.

5. Kematian Marilyn Monroe


Marilyn merupakan ikon dalam industri Hollywood dan masih lagi diminati sehingga ke hari ini.  Kematiannya masih dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi sehingga ke hari ini. Sesetengah individu percaya Monroe dibunuh kerana mempunyai hubungan sulit dengan John F. Kennedy.







No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...