Blogger WidgetsBlogger Widgets

24 June 2012

5 Tradisi Sambutan Tahun Baru Yang Pelik

Rakyat Malaysia biasanya menyambut tahun baru dengan menghadiri konsert sempena menanti detik 12 malam. Tiada sebarang tradisi bagi menyambut tahun baru. Penganut pelbagai agama di negara ini biasanya hanya akan bersembahyang sempena tahun baru mengikut kepercayaan agama masing-masing. Tapi bagi 5 negara di bawah ini, rakyatnya mempunyai tradisi menyambut tahun baru yang telah lama diamalkan walaupun sesetengahnya agak pelik dan tidak masuk akal.

1. Amerika Latin ( Brazil, Bolivia & Mexico)


Masyarakat Amerika Latin akan memakai pakaian dalam yang berwarna terang seperti merah dan kuning menjelang malam tahun baru. Mengikut kepercayaan masyarakat tempatan, sekiranya individu itu memakai pakainan dalam berwarna kuning maka kehidupan mereka pada tahun baru akan disinari dengan kemakmuran. Warna merah pula melambangkan kehidupan yang penuh dengan cinta. Pelbagai reka bentuk pakaian dalam berwarna terang akan dijual di pasar menjelang saat-saat akhir tahun baru.

2. Chile


Suasana sambutan malam tahun di Talca, Chile sangat  berbeza dengan tempat lain di dunia. Pada malam 31 Disember, setiap keluarga akan menyambut tahun baru di tanah perkuburan di mana ahli keluarga terdekat mereka bersemadi. Masyarakat Chile percaya bahawa orang yang telah meninggal dunia menanti kedatangan ahli keluarga mereka yang masih hidup bagi meraikan tahun baru bersama-sama.

3. Ecuador


Beberapa hari sebelum tahun baru, warga Ecuador sudah mula membuat orang-orang daripada surat khabar dan ranting-ranting kayu. Tepat pukul 12 malam setiap tahun baru, mereka akan membakar orang-orang. Tradisi ini dilakukan bagi membuang nasib malang dan hal buruk yang berlaku tahun lepas. 

4. Mexico


Selain daripada kepercayaan memakai pakaian dalam berwarna terang, orang Mexico juga akan berkomunikasi dengan roh menjelang malam tahun baru. Mereka percaya bahawa malam tahun baru merupakan waktu paling tepat untuk berkomunikasi dengan roh bagi mendapat mesej dan petunjuk masa depan.

5. Denmark


Warga Denmark gemar menyambut tahun baru dengan melemparkan pinggan mangkuk ke arah pintu rumah jiran mereka. Tradisi ini sudah diamalkan oleh kebanyakan penduduk Denmark sehingga tiada seorang pun yang marah sekiranya halaman rumah mereka dipenuhi dengan pinggan mangkuk yang telah pecah keesokkan hari. Tradisi ini diamalkan bertujuan untuk memperoleh untung dalam tahun baru.








No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...