Blogger WidgetsBlogger Widgets

31 May 2012

10 Konsep Restoran Yang Luarbiasa

Pelbagai idea-idea luarbiasa yang digunakan oleh pemilik restoran untuk menarik perhatian pelanggan. Ada yang menyediakan konsep yang menarik menyediakan perkhidmatan restoran yang terletak di angkasa, di bawah air dan di atas pokok. Namun ada juga restoran yang menyediakan konsep yang agak pelik seperti restoran yang berkonsepkan tadas, penjara, ninja dan hospital.

Restoran Berkonsepkan Hospital di Latvia

Koleksi Dress Yang Paling Inovatif

Siapa kata dress hanya diperbuat daripada kain sahaja. Beberapa orang pereka fesyen yang berbakat dari seluruh dunia telah mencipta dress yang diperbuat daripada pelbagai material seperti LED, batang mancis, coklat, kertas, getah, pasu bunga, konkrit yang fleksible, daun dan macam-macam lagi. Mari kita saksikan hasil dress yang paling inovatif ini.


Newspaper Dress

Iklan Coca-cola Yang Cool

Coca-Cola merupakan minuman kola berkabonat yang terkenal di seluruh dunia. Minuman dari Amerika Syarikat ini telah diperkenalkan sejak tahun 1886 dan lebih dikenali dengan nama samaran, Coke. Sebagai subuah jenama gergasi, Coca-Cola juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan iklan yang menarik dan cool. Mari kita lihat16 iklan Coca-Cola yang cool.


Iklan McDonald's Yang Kreatif

McDonald's merupakan sebuah jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. McDonald's merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia  yang melayan hampir 47 juta pelanggan setiap hari. Mari kita lihat kempen-kempen pengiklanan McDonald's  yang terbaik di seluruh dunia.


13 Iklan Anti Merokok Yang Kreatif

Kita selalu dengar orang kata merokok membahayakan kesihatan. Pelbagai kempen anti merokok telah diadakan di setiap negara di seluruh dunia dengan harapan untuk menginsafkan perokok-perokok yang tegar. Berikut merupakan 15 iklan anti merokok yang kreatif, unik dan paling diingati.


14 Mug Yang Unik

Jom kita lihat 14 mug yang unik yang terdapat di seluruh dunia. Ada yang agak lucu, aneh dan ada juga yang nampak sangat cool.

1. Animal Face Mug
Taz-ah adalah mug buatan China yang mempunyai imej muka haiwan seperti anjing, khinzir, harimau dan monyet di bahagian bawah mug.

Telur Gergasi Belanda

Seorang artis kelahiran Belanda, Henk Hofstra telah menghasilkan projek alam sekitar yang sangat unik. Hofstra meletakkan beberapa telur yang berukuran lebih kurang 100 kaki lebar di atas sebatang jalan di Zaailand, salah sebuah bandar terbesar di Belanda. Projek ini dinamakan "Art Eggcident".


Sebeluim dan Selepas Kahwin

Dunia selepas berkahwin memang berbeza dengan sebelum kahwin. Kalau sebelum kahwin, badan kecil,molek dan kurus tapi selepas berkahwin, kebanyakannya sudah agak berisi dan ada juga yang terlebih berisi. Yang lelaki pula, masa masih bujung tegap sahaja bentuk badan, selepas berkahwin sudah mula boroi. Tapi itu kan lumrah hidup. Saiz tak penting, yang penting adalah kebahagiaan. Jom kita tengok perbezaan lain sebelum dan selepas kahwin.





Pokok Yang Menyerupai Manusia Dan Haiwan

Ciptaan Tuhan memang menakjubkan. Tak sangka ada juga pokok-pokok yang mempunyai bentuk seakan-akan wajah manusia. Dan ada juga yang berbentuk seakan-akan binatang. Sangat unik kerana ia jarang berlaku dan sukar dilihat. Mari kita saksikan 7 foto pokok-pokok yang unik dan sedikit menyeramkan ini; terutama pokok yang seakan-akan manusia sedang tersenyum .


Haiwan Pun Berdisplin Jugak..

Semasa di sekolah, setiap kali perhimpunan para pelajar mesti beratus dengan kemas mengikut barisan kelas masing-masing. Tujuannya, adalah untuk menanam disiplin dalam kalangan generasi muda. Namun tahukah anda, bukan manusia sahaja yang tahu apa itu disiplin. Haiwan zaman sekarang pun berdisiplin juga. Mari kita lihat gambar-gambar haiwan yang sangat berdisiplin ini. Sekali tengok macam pulak..


Terlebih Sudah..Hanya Di India

Realiti sebenar kehidupan di India memang jauh berbeza dari apa yang digambar dalam filem-filem Bollywood. Yang kaya seperti keluarga Mittal akan terus kaya manakala yang miskin akan tetap miskin. Ketika keluarga Mittal membeli kereta mewah dan mempunyai pemandu peribadi, penduduk miskin pula terpaksa menjadi kreatif dengan memanfaatkan kenderaan yang ada untuk kegunaan orang ramai. Motosikal mampu membawa bilangan penumpang yang sama banyak dengan kereta manakala basikal pula mampu membawa anak-anak ke sekolah umpama van sekolah. 


Foto Cool-Bermain Dengan Awan

Sungguh kreatif individu yang mengambil foto-foto di bawah. Apabila terlihat bentuk awan di langit, terus ada idea untuk mengambil gambar dengan cara yang unik sehingga menghasilkan gambar yang menakjubkan. Jom layan 16 gambar awan yang menarik dan cool..

Terlebih Kreatif-Padankan Muka Dengan Majalah Pulak

Dalam entri sebelum ini, saya ada sertakan foto-foto kreatif apabila wang kertas dipadankan dengan wajah. Kali ini saya ingin kongsikan 9 keping foto yang terlampau kreatif pula di mana mereka-mereka ini memadankan muka dengan majalah pula. Nampak menjadi juga, lebih-lebihkan apabila muka dipandankan dengan gambar hantu.


Kreatif-Padankan Wang Kertas Dengan Wajah Anda

Kalau anda ada masa lapang dan sedang tidak tahu nak buat apa, cuba anda  ambil wang kertas dan lipat separuh wang kertas anda tadi. Kemudian cuba ambil posisi yang sesuai dan padan wang kertas tadi dengan muka anda macam apa yang abang ni buat.


Kreatif kan..?Jom layan lagi 9 keping gambar kreatif ini dengan melihat entri penuh.


Iklan Yang Terlebih Kreatif

Di negara kita, syarikat pengiklanan akan melalui beberapa prosedur yang ketat sebelum sebarang iklan boleh dipaparkan kepada umum. Tapi mungkin situasi di negara lain berbeza sehingga ada iklan yang boleh disalahtafsir.  Berikut merupakan 9 iklan yang terlebih kreatif, aneh dan fail.


Sabun Bentuk Makanan Yang Kreatif

Apabila kita melihat dalam gambar, pastinya kita menyangka bahawa itu adalah gambar biskut, kek atau aiskrim. Tapi sebenarnya itu bukanlah makanan, sebaliknya sabun yang direka seakan-akan makanan. Sangat comel dan kreatif. Kalau sabun seperti ini ada dijual di Malaysia, saya juga mahu beli. Bukan untuk digunakan mandi, tapi untuk dijadikan perhiasan. 

Nama-nama Syarikat Yang Pelik 18sx

Dalam banyak-banyak nama dan perkataan di dunia, saya tidak faham apa motif pemilik syarikat mengambil nama dan perkataan yang pelik untuk syarikat mereka. Mungkin sudah kehabisan idea atau untuk promosi bagi menarik perhatian pelanggan. Mungkin juga ini merupakan satu strategi perniagaan agaknya..Apa pun, mari kita lihat 10 keping gambar syarikat yang mempunyai nama yang pelik ini.


Pose Yang Terlebih Kreatif Ketika Mengambil Gambar

Manusia ni makin lama makin kreatif lebih-lebih lagi ketika beraksi di depan kamera. Macam-macam pose yang dibuat untuk menghasilkan sebuah foto yang canti dan unik. Lihat sahaja gambar-gambar yang diupload di laman sosial. Semuanya menarik dan nampak cantik dengan berbagai pose menarik. Dalam entri kali ini, saya ingin 11 buah foto yang terlebih kreatf dari pelbagai lapisan masyarakat. Dari pelajar sekolah sehinggalah ke nenek tua.

Penggunaan Kamera Yang Terlebih Kreatif..

Semua orang suka mengambil gambar. Tak kiralah mengambil dengan mengunakan kamera biasa, laptop, ipad ataupun telefon. Namun ada segelintir individu yang mungkin kurang mahir menggunakan kamera sehingga ada yang menggunakannya terbalik. Selain kamera, ada juga yang guna teropong terbalik. Tak tahulah mereka boleh melihat benda-benda jauh dengan mengguna teropong yang terbalik. Jom kita layan foto-foto yang agak lucu ini.

Angry Birds Di Dunia Realiti

Saya pasti mesti ramai yang meminati permainan Angry Birds,kan? Tidak kiralah dari pelajar-pelajar ipt sehingga ke adik-adik yang belum bersekolah. Semuanya minat engan karakter burung-burung yang comel dalam Angry Birds sehingga ada kanak-kanak dan anak-anak gadis menjadikan patung karakter burung-burung di dalam Angry Birds sebagai teman tidur.

Seorang mahasisa India, Mohamed Raoof telah membuktikan bahawa watak-watak burung di dalam permainan tersebut adalah nyata. Beliau telah menemuai burung-burung di alam nyata yang menyerupai watak animasi popular tersebut. Jom kita lihat 6 keping gambar burung yang menyerupai karakter-karakter dalam Angry Birds. Sama atau tidak..?Anda boleh komen nanti..