Blogger WidgetsBlogger Widgets

23 June 2012

5 Majlis Perkahwinan Termahal di Dunia

Perkahwinan merupakan perkara terpenting dalam hidup. Atas sebab itu, 5 pasangan kaya ini mengambil keputusan dengan mengadakan majlis perkahwinan yang gah, mewah dan menelan belanja yang begitu mahal dalam sejarah dunia moden.

1. Vanisha Mittal & Amit Bhatia ($78 juta)


Tanggal 18 November 2004, perkahwinan anak kepada bilionair India, Vanisha Mittal dan Amit Bhatia, seorang pelabur perbankan telah mencatat sejarah sebagai majlis perkahwinan yang termahal dalam sejarah. Seramai 1000 tetamu dari seluruh dunia hadir selepas menerima kad undangan silver yang mempunyai 20 muka surat mengandungi butir-butir atur cara majlis yang berlansung selama 5 hari. Majlis tersebut diadakan di Vaux le Vicomte, Perancis. Penyanyi popular, Kylie Minogue turut diundang ke majlis tersebut. Terdapat 100 hidangan yang berbeza telah disediakan oleh chef Calcutta. Selain itu, wain bernilai $1.5 juta turut dihidangkan kepada para tetamu.



2. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum & Puteri Salama ($44.5 juta)


Perkahwinan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed dan isterinya, Puteri Salama pada 1981 turut mencatat sejarah sebagai perkahwinan termahal selama lebih 23 tahun sebelum ditewaskan oleh pasangan pengantin dari India tadi. Sebuah stadium telah dibina khas untuk majlis tersebut. Seramai 20000 orang tetamu telah dijemput untuk meraikan pengantin. Majlis gilang-gemilang itu dilangsungkan selama 7 hari.

3. Miss Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic & Andrey Melnichenko ($30 juta)


Mengadakan majlis perkahwinan mewah yang menelan belanja berpuluh juta bukan sesuatu yang mustahil buat billionair dari Rusia yang juga pengasas MDM Bank, Andrey Melnichenko. Perkahwinannya dengan model Serbia, Aleksandra Kokotovic pada 3 Mac 2005 telah diadakan di Cote D' Azur, Perancis. Penyanyi bersuara emas, Whitney Houston dan Christina Aguilera turut diundang bagi meyampaikan persembahan. Houston dan Aguilera masing-masing menerima bayaran $3.6 juta untuk membuat persembahan di majlis tersebut.

4. Vikram Chatwal & Priya Sachdey ($20 juta)


Sekali lagi pasangan pengantin dari India mencatat sejarah sebagai antara majlis perkahwinan termahal. Vikram Chatwal merupakan anak kepada pemilik hotel New York telah mengahwini seorang model, pelakon dan pelabur perbankan, Priya Sachdey pada 18 Februari 2006. Seramai 600 tetamu dari 26 buah negara telah dijemput. Antara tetamu kenamaan yang hadir adalah Bill Clinton.

5. Wayne Rooney & Coleen McLaughlin ($15 juta)


Wayne Rooney turut mencatat sebagai pemain bola sepak yang pernah mengadakan majlis perkahwinan termahal. Majlis pasangan ini diadakan di Villa Durazzo, Itali tanggal 12 Jun 2008 dan berlangsung selama 4 hari berturut-turut. 64 orang tetamu diterbangkan menggunakan 5 buah jet peribadi.








No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...