Blogger WidgetsBlogger Widgets

02 June 2012

Cara Yang Terlebih Kreatif Menyelesaikan Masalah

Apabila berdepan dengan masalah, manusia ni tidak mudah mengalah begitu sahaja. Mungkin kerana manusia dilahirkan dengan memiliki kemampuan untuk berfikir dengan kreatif, maka manusia ini akan melakukan apa sahaja cara untuk menyelesaikan masalah walaupun kaedah yang digunakan agak pelik, gila dan kelakar. Jom kita tengok bagaimana manusia-manusia ini menyelesaikan masalah mereka dengan idea yang terlebih kreatif.


Majlis Perkahwinan Yang Terlebih Kreatif

Semua orang mengharapkan majlis perkahwinan yang istimewa menjalang hari bahagia masing-masing. Ada juga yang sudah mula berangan dan merancang tema majlis perkahwinan ketika masih di sekolah lagi. Bakal pengantin sentiasa mahukan majlis yang akan meninggalkan memori yang cukup bermakna buat keluarga, tetamu dan pengantin itu sendiri. Walaubagaimanapun, segelintir pengantin yang terlebih keatif telah mengadakan majlis perkahwinan yang mempunyai konsep pelik dan agak lucu. Jom kita lihat foto-foto perkahwinan terpelik di dunia ini.


Foto Menarik Anjing & Kucing

Kita semua sedia maklum yang anjing dan kucing ni pantang berjumpa. Kalau berjumpa atau diletakkan di satu tempat yang sama, semestinya akan berlaku satu pergaduhan yang besar. Mungkin sebab permusuhan yang ketat itulah menyebabkan keluarnya pepatah bagai anjing dengan kucing. Tetapi sebenarnya tidak semua anjing dan kucing ini suka bergaduh. Ada juga yang cintakan keamanan. Tengok sahajalah foto-foto ini. Elok je mereka bersama-sama. Peace yaw..!!

 

Parodi Lukisan Mona Lisa Yang Terbaik

Kata orang yang pandai menilai seni, lukisan Mona Lisa karya Leonardo da Vinci sangat popular kerana kualiti seni dan mampu memberi inspirasi. Mungkin kerana populariti yang tinggi, Mega Mona Lisa dibuka kepada orang awam yang ingin melihat pelbagai variasi lukisan Mona Lisa. Di sana, para pengunjung boleh melihat ratusan lukisan parodi Mona Lisa. Selain boleh turut serta menyumbang parodi lukisan Mona Lisa, pengunjung juga boleh mengundi lukisan mana yang terbaik.


Foto-foto Atheles Yang Lawak

Sukan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah dapat menjana pendapatan yang lumayan bagi individu yang lahir dengan bakat tertentu. Setiap kali acara sukan berlangsung, berpuluh-puluh wartawan dari seluruh pelosok dunia akan berkumpul untuk membuat liputan dan mengambil gambar atliatlit semasa perlawanan. Dan dalam banyak-banyak gambar yang diambil, pasti ada terselit beberapa keping gambar yang memaparkan aksi yang menggelikan hati dan ada juga yang kelihatan agak 18sx. Jom kita lihat aksi-aksi spontan atlit yang agak lawak semasa perlawanan berlansung.


Bola Bowling Yang Menyeramkan

13th Street adalah sebuah stesen televisyen yang berunsurkan cerita-cerita horror. Untuk mempromosikan stesen tv mereka, syarikat tersebut telah menggunakan khidmat Oliver Paas, seorang artis yang berbakat. Encik Paas telah menghasilkan bola-bola bowling yang mempunyai gambar kepala zombie yang menyeramkan. Bola-bola bowling yang menakutkan ini telah digunakan oleh pengunjung-pengunjung sebuah pusat permainan bowling di Jerman.

Pengunjung Rumah Hantu Yang Tak Berapa Berani

Nightmares Fear Factory (NFF) merupakan rumah hantu yang paling menakutkan di Niagara Falls, Kanada. Menurut lagenda tempatan, suatu ketika dahulu, NFF adalah sebuah kilang membuat keranda. Selepas Niagara Falls terkenal dan menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia, NFF dibuka untuk orang awam yang ingin merasai pengalaman yang menakutkan sepanjang berada di rumah hantu ini. Bagi pengunjung yang terlampau takut semasa berjalan menyelusuri rumah hantu ini, mereka boleh menjerit perkataan "Nightmare!" sebagai isyarat meminta pekerja menghantar mereka keluar dari rumah hantu itu dengan serta merta. Berikut merupakan foto-foto reaksi pengunjung yang sedang ketakutan yang telah dirakam oleh kamera NFF yang tersembunyi di sebalik dinding.


3D Street Paintings Yang Menakjubkan

Lukisan 3D karya dua orang artis yang berbakat ini memang nampak cantik, kreatif dn menakjubkan. Lukisan 3D ini akan nampak timbul dan lebih real jika dipandang atau mengambil gambar di sudut-sudut tertentu. Seni jalanan 3D ini telah menarik perhatian orang ramai untuk turut serta mengambil gambar. Nampak macam real kan..?


Dunia Tanpa Graviti

Bayangkan andai tiada graviti di bumi ini. Bagaimanalah agaknya kehidupan manusia di dunia ini ye..? Seorang artis kelahiran China, Li Wei telah menghasil beberapa gambar yang menakjubkan dan sukar dipercayai. Penggambaran ini agak membahayakan model-modelnya. Imej-imej yang menarik ini dihasilkan dengan bantuan cermin, tali, wayar logam dan akrobatik. Photoshop hanya digunakan untuk menghilangkan kesan wayar.