Blogger WidgetsBlogger Widgets

04 September 2012

5 Perisik Wanita Yang Terkenal Dalam Sejarah

Menjadi agen rahsia dan perisik bagi sesebuah organisasi bukanlah perkara yang mudah apatah lagi jika agen tersebut adalah seorang wanita. Kepintaran, ketangkasan dan keberanian yang tinggi amat diperlukan. Kisah 5 orang agen wanita ini mungkin tidak seperti apa yang sering kita lihat di kaca televisyen. Kebanyakan mereka menjalankan tugas dengan baik namun kehidupan mereka berakhir dengan cara yang sungguh tragik.

1. Mata Hari

Nama sebenar Mata Hari adalah Margaretha Geertruida Zelle. Dia berasal dari Belanda dan merupakan seorang janda. Mata Hari berhijrah ke Paris dan menjadi pelacur serta popular dalam kalangan pemimpin dan anggota tentera. Saat meletusnya Perang Dunia Pertama, Mata Hari telah ditangkap oleh pemimpin Perancis kerana disyaki menjadi perisik Jerman. Dia ditangkap pada 1917 dan dijatuhi hukuman bunuh 8 bulan kemudian.

5 Buah Buku Yang Diperbuat Daripada Kulit Manusia

Amalan menghasilkan buku dari kulit manusia dikenali sebagai anthropodermic bibliopegy. Ia bukanlah sekadar mitos atau lagenda semata-mata, sebaliknya anthropodermic bibliopegy memang benar-benar diamalkan sejak abad ke-17 terutama ketika Revolusi Perancis.Teknik ini digunakan untuk mengumpul dan menggabungkan teks seperti buku anatomi, wasiat dan bukti terakhir serta prosiding kehakiman.  Berikut merupakan 5 buah buku yang diperbuat daripada kulit manusia sebenar.

1. A True and Perfect Relation of the Whole Proceedings Against the Late Most Barbarous Traitors, Garnet A Jesuit and His Confederates


Buku ini dihasilkan pada tahun 1606 dan kulit buku yang digunakan merupakan kulit Father Henry Garnet. Buku ini adalah menceirtakan kegagalan, penangkapan dan pelaksanaan hukuman ke atas Gunpowder Plotter. Gunpowder Plotter adalah sebuah kumpulan Katolik yang menentang dan merancang pembunuhan ke atas Raja James dari England dan anak sulungnya dengan cara meletupkan Houses of Parliament. Walaubagaimana pun, plot tersebut gagal dan semua yang terlibat ditangkap dan dibunuh.

Pertunjukan Fesyen Pakaian Daripada Kondom

Sebuah pertunjukan fesyen pakaian menampilkan tema kondom telah diadakan di Beijing, China baru-baru ini. Kesemua pakaian yang diperagakan sepanjang pertunjukan fesyen tersebut diperbuat daripada kondom. Pertunjukan fesyen tersebut telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di mana ramai pereka muda mengambil bahagian dalam pertunjukkan tersebut.


Bayi 19 Bulan Makan 6 Biji Pil Viagra Setiap Hari

Viagra sering dikaitkan dengan kejantanan lelaki dewasa. Namun seorang bayi dari Britain bernama Cerys Samll telah mengambil pil tersebut walaupun dia baru berusia 19 bulan. Cerys mengambil 6 biji pil viagra sehari atas nasihat doktor bagi mengubati penyakit jantungnya.

Foto Cerys sebelum mengambil pil tersebut

Gara-gara Ingin Buat Kejutan Kepada Kekasih, Lelaki Ini Hampir Mati

Demi cinta, seorang lelaki China dikenali sebagai Hu Seng hampir mati ketika ingin memberi kejutan sempena hari ulang tahun kekasihya. Hu Seng telah bertindak kurang bijak dengan masuk ke dalam kotak untuk 'dikirim' kepada teman wanitanya, Li Wang.


5 Kisah Wanita Yang Bersalin Tanpa Hamil


Tajuk entri kali agak pelik dan kedengaran tidak logik. Namun itulah pengalaman yang dialami oleh 5 orang wanita yang telah melahirkan anak tanpa mengetahui yang selama mereka mengandung. Malah kesemua mereka mendakwa tidak mengalami sebarang tanda-tanda kehamilan seperti wanita hamil yang lain. Kelima-lima ibu ini hanya mengetahui mereka hamil beberapa jam atau minit sebelum mereka bersalin. Pelik bukan..?

1. Amanda Burger



Amanda Burger dari Waterloo, Iowa telah melahirkan seorang bayi perempuan bernama Mckinlee Burger pada 2010 tanpa mengetahui yang dia hamil. Amanda mendakwa yang dia tidak menyedari kehamilannya kerana dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda hamil. Dia juga mendakwa bahawa dia mengalami kitaran haid seperti biasa namun mengakui berat badannya bertambah 7-10 kg.

Anna Anemiya-Model Jepun Separuh Manusia, Separuh Anime

Anna Anemiya merupakan seorang model Jepun yang terkenal kerana keunikan yang tidak terdapat pada model-model lain. Anna menjadi model separuh manusia dan separuh anime yang pertama di dunia. Gadis ini mula dikenali sejak 2010 kerana penampilan luar biasanya.


5 Raja Yang Naik Takhta Ketika Masih Kanak-kanak

Dilahirkan sebagai seorang pewaris takhta yang bakal menerajui negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Apalagi sekiranya pewaris takhta tersebut harus naik takhta di saat usia masih mentah, yakni masih lagi bayi atau kanak-kanak. Bayangkan betapa besarnya tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh raja-raja ini ketika mereka masih kecil lagi.

1. Raja Oyo Dari Uganda


Raja Oyo dari Uganda telah dinobatkan sebagai salah seorang raja termuda di dunia saat baginda naik takhta di usia 3 tahun pada 1995. Ketika upacara pertabalan berlangsung, Raja Oya yang masih kecil ketika itu turun dari takhta lantas melarikan diri dan  terus bersembunyi di pangkuan bonda baginda.

Sepanduk Demonstrasi Jalanan Yang Tidak Masuk Akal

Rakyat biasa di kebanyakan negara biasanya lebih gemar memilih demonstrasi jalanan sebagai medium bagi menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan mahupun badan-badan tertentu. Dalam mana-mana demonstrasi yang diadakan, pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang benar-benar serius memperjuangkan hak dan pendapat mereka, ada pula yang sekadar hadir bagi membuat kacau lantas menunjukkan kebodohan diri dan ada pula yang masih tidak jelas tujuan sebenar mereka menyertai demonstrasi sehinggga terhasillah sepanduk-sepanduk seperti di bawah ini. 

Reaksi Comel Kanak-kanak Yang Takut Potong Rambut

Ketika menulis entri ini, saya teringat reaksi seorang sepupu berusia dua tahun setiap kali ibu saudara saya membawanya ke salon bagi memotong rambut. Setiap kali tukang gunting rambut mula memotong rambut, setiap kali itulah dia akan menangis dan meronta-ronta tidak mahu dipotong rambut. Ternyata situai ini bukan sahaja berlaku pada sepupu saya, malah ia juga berlaku pada kanak-kanak lain. Tidak pasti kenapa ramai kanak-kanak takut potong rambut. Tapi yang pasti, reaksi mereka nampak comel dan juga kelakar.