Blogger WidgetsBlogger Widgets

30 August 2012

Dari Pelakon Porno Ke Ahli Politik

Dunia politik memang luas. Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli politik atas dasar kebebasan bersuara. Di Malaysia sekarang ini kita sering melihat artis dan selebriti menyertai parti politik tidak kira kerajaan mahu pun pembangkang. Namun percayakah anda, ternyata di barat terdapat beberapa orang pelakon porno turut menyertai politik. Berikut merupakan 5 orang bekas pelakon porno yang pernah menyertai parti politik dan bergiat aktif dalam politik.

1. Mimi Miyagi


Mimi Miyagi merupakan pelakon filem porno kelahiran Filipina. Nama sebenar Mimi ialah Melody Damayo. Mimi telah menawarkan diri bertanding merebut jawatan gabenor bahagian Nevada pada 12 Mei 2006 atas tiket Parti Republik. Dalam kempennya, Mimi membawa slogan "Aku berbogel dan jujur sepanjang waktu". Dia terpaksa bertanding dengan 4 orang calon Parti Republik yang lain dan akhirnya tewas di tangan Jim Gibbons.

Masjid Nando- Didakwa Dibina Oleh Makhluk Ghaib

Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat telah wujud sekitar abad ke-12 Masihi. Uniknya, senibina dan rekabentuk masjid ini amat berbeza dengan masjid-masjid lain di mana tiada sebarang kubah mahu pun batu marmar dibina dalam masjid ini. Sebaliknya, bangunan ini hanya dibina dengan dilapisi oleh lumpur. Tulisan kaligrafi yang terdapat di dinding masjid ini juga dipahat daripada lumpur.


Dendam Terindah-Samsung Hantar 30 Trak Mengandungi Syiling 5 Sen Pada Apple


Berikutan kekalahan berkaitan hak paten di mahkamah baru-baru ini, Samsung telah diperintah oleh mahkamah untuk membayar denda sebanyak USD$1 billion kepada pihak Apple. Pagi tadi, ibu pejabat Apple gempar dengan kehadiran kira-kira 30 buah trak yang membawa wang syiling 5 sen.

Misteri Lelaki Berkulit Biru


Pada tahun 1820, seorang anak yatim piatu yang berasal dari Perancis bernama Martin Fugate mendapat tanah hibah di sebelah timur Kentucky yang dikenali dengan nama Troublesome Creek. Martin kemudiannya telah mengahwini seorang wanita kulit putih bernama Elizabeth Smith. Keluarga Fugate memiliki 7 anak, dan 4 daripadanya berkulit biru.

Keluarga Fugate; 4 dari 7 anak Martin berkulit biru