Blogger WidgetsBlogger Widgets

19 June 2012

5 Selebriti Antarabangsa Yang Pernah Menjadi Mangsa Pemerkosaan

Pemerkosaan tidak hanya boleh berlaku kepada orang biasa sahaja. Beberapa orang selebriti terkenal dunia juga pernah melalui pengalaman yang sangat pahit bagi seorang wanita. Berbeza daripada mangsa pemerkosaan yang lain yang lebih gemar menyembunyikan sejarah silam mereka, lima orang selebriti antarabangsa ini bersikap lebih terbuka dan sudi berkongsi pengalaman dengan orang awam. Tujuannya hanya satu, agar golongan yang senasib dengan mereka juga mampu bangkit semula, memotivasikan diri, tidak berasa rendah diri dan memulakan hidup baru seperti apa yang telah mereka lakukan. Berikut merupakan pengalaman pahit dan paling tidak dapat dilupakan oleh lima selebriti antarabangsa tersebut.

1. Fiona Apple


Fiona Apple merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik dari Amerika Syarikat yang pernah menggondol 12 trofi dalam Anugerah Grammy. Fiona telah menceritakan pengalaman pahitnya dalam satu wawancara dengan harapan agar mangsa pemerkosaan sepertinya tidak berasa rendah diri. Dia menjadi mangsa serangan seksual semasa dia sedang pulang dari sekolah ketika berusia 12 tahun. Lagu "Sullen Girl" dan "Gone" merupakan inspirasi daripada kisah silamnya.



2. Teri Hatcher


Penggemar siri television Desperate Housewife pasti mengenali pemegang watak Susan Delfino ini. Teri telah berkongsi tentang pengalaman pahitnya sewaktu diwawancara oleh Vanity Fair pada Mac 2006. Menurut Teri, dia pernah mengalami gangguan seksual sewaktu berusia 5 tahun. Dan perbuatan tidak bermoral itu dilakukanoleh bapa saudaranya sendiri , Richard Hayes Stone. Akibat peristiwa pahit itu, Teri mengurungkan diri selama beberapa tahun. Dia tidak pernah menceritakan pengalaman pahitnya kepada sesiapa sehingga suatu hari, dia melihat salah seorang mangsa bapa saudaranya yang berusia 14 tahun membunuh diri. Teri kemudiannya memberi kerjasama kepada pihak pendakwa raya dan akhirnya bapa saudara Teri dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun. Kini, Teri bergiat aktif dalam sebuah organisasi yang bertujuan memberi semangat kepada golongan yang senasib dengannya agar meneruskan hidup dengan positif dan tidak memandang rendah terhadap diri sendiri.

3. Kelly McGillis


Pada tahun 1982, dua orang lelaki telah menceroboh rumah Kelly. Ketika itu, Kelly dan teman serumahnya (wanita) berada di rumah. Mereka telah diikat, dipukul dan dirogol. Mereka juga diancam dengan pisau sekiranya melawan. Seperti mangsa yang lain, Kelly juga mengalami trauma yang cukup besar. Namun dia bangkit semula dan meneruskan kehidupannya dengan penuh motivasi.

4. Fran Drescher


Fran Drescher merupakan seorang pelakon filem dan drama, pelawak, produser dan aktivis terkenal. Pelakon cantik ini tidak dapat melupakan pengalaman pahitnya  pada 1985. Ketika itu, dua orang perompak bersenjata telah menceroboh rumah Fran dan suaminya, Jacob. Ketika salah seorang perompak mencari barang untuk dicuri, seorang lagi telah mengambil kesempatan untuk memperkosa Fran. Suaminya tidak dapat berbuat apa-apa pada saat itu kerana dia telah diikat. Akibat peristiwa tersebut, Fran mengalami trauma dan mengambil masa yang cukup lama untuk pulih. Kini Fran lebih bersemangat dalam meneruskan kehidupannya dan menjadi individu yang penuh motivasi.

5. Billie Holiday



Nama bintang ini tidak asing lagi dalam dunia muzik blues dan jazz. Wanita kulit hitam bersuara emas ini begitu popular dengan lagu "God Bless the Child", "Good Morning Heartache" dan "Strange Fruit". Ketika berusia 10 tahun, Billie telah diperkosa oleh Wilbert Rich, jirannya. Perbuatan terkutuk lelaki itu diketahui oleh ibu Billie dan ibunya bertindak melaporkan hal tersebut kepada pihak polis. Perogol itu didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 3 bulan.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...