Blogger WidgetsBlogger Widgets

28 May 2012

Like Father Like Son

Like father like son..Itulah yang terlintas di fikiran bila tengok gambar-gambar di bawah. Anak-anak ini bukan sahaja mewarisi wajah bapa mereka, malah ada juga yang mewarisi habit dan hobi bapa mereka. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..Agaknya bila kanak-kanak dalam gambar-gambar itu da besar nanti, mesti muka macam bapa mereka kan..




Pewaris Legasi Billionair

Bertuahnya gadis-gadis ini kerana bukan sahaja cantik, malah dilahirkan dalam keluarga yang memiliki aset berbillion dollar yang bakal diwarisi mereka.



1. Vanisha Mittal
Merupakan  salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat keluli dan juga pewaris kepada Laksmi Mittal. Bapanya, Laksmi Mittal membelanjakan RM177 juta untuk majlis perkahwinan Vanisha. Satu jumlah yang kecil bagi keluarga Mittal kerana aset keluarga itu dianggarkan bernilai RM92.5 billion.

Berkongsi Apa Saja..Termasuk Isteri....

Amar dan Kundan Singh Pundir merupakan dua beradik kandung yang menetap di sebuah kawasan pedalaman di India. Amar dan abangnya, Kundan sentiasa bersama sejak dari kecil. Mereka begitu rapat sehingga mereka sanggup berkongsi rumah, pekerjaan dan juga seorang isteri. Perkahwinan yang melibatkan seorang isteri dan lebih dari seorang suami disebut poliandri. Poliandri, tidak seperti poligami; jarang diamalkan. Biasanya, perkahwinan seperti ini bermotifkan tradisi dan ekonomi.



Kehidupan 39 Isteri Berkongsi Seorang Suami

Ziona Chana merupakan seorang lelaki separuh abad di sebuah desa di Baktawng, sebuah kawasan pedalaman India. Chana bekerja sebagai peternak dan petani. Dia adalah seorang suami, bapa, bapa mertua dan datuk kepada 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 orang menantu dan 33 orang cucu.























Apa yang lebih menarik mengenai lelaki ini ialah semua isterinya tinggal sebumbung, iaitu di sebuah rumah besar 4 tingkat yang mempunyai 100 bilik. 

Foto Si Kecil Yang Sungguh Unik

Adele Enersen merupakan seorang pereka konsep dalam bidang pengiklanan dan juga seorang ibu kepada seorang bayi perempuan. Adele tidak mahu melepaskan saat-saat indah pembesaran anaknya lantas menggunakan bakat dan kreativiti yang dimiliki dengan mengabadikan koleksi foto-foto yang unik dan kreatif untuk anak perempuan kesayangannya. Berikut merupakan 10 foto-foto unik  yang diambil semasa anaknya sedang tidur. Comel sungguh..



Bila Adik2 Kita Pun Nak Bercinta.........

Bagi adik-adik yang masih bersekolah rendah dan tiada telefon mahupun akaun laman sosial seperti facebook, surat menjadi pilihan untuk mereka meluahkan perasaan. Jangan pelik sebab kanak-kanak sekarang sudah mula pandai bercinta monyet walaupun mereka mungkin belum mengambil peperiksaan UPSR pun. Berikut merupakan 5 surat cinta yang mungkin boleh membuat kita geli hati membacanya.