Blogger WidgetsBlogger Widgets

02 July 2012

Kreatif-Mug Yang Boleh Terapung

Tigere Chiriga telah mereka mug yang bersambung dengan pemegang bagi membolehkannya kelihatan terapung. Tujuan mug ini direka bagi melindungi perabot daripada air yang tumpah dan juga haba. Uniknya, mug ini kelihatan seakan-akan terapung jika dilihat dari tepi.


5 Kempen Iklan Paling Kontroversi Dalam Sejarah

Iklan menjadi medium bagi menyampaikan mesej ringkas dan padat. Syarikat pengiklanan berlumba-lumba menghasilkan iklan yang kreatif dan mampu menarik perhatian orang ramai sekaligus memberi kesan positif dalam diri masyarakat. Namun, beberapa iklan di bawah ini menimbulkan persoalan dan kemarahan sesetengah golongan dan mesej yang ingin disampaikan juga telah disalahtafsir.

1. United Colors of Benetton-Unhate


Tiada lagi yang lebih kontoversi melainkan iklan yang memaparkan gambar pope 'bercium' dengan seorang imam. Iklan ini menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian dan Islam di seluruh dunia. Iklan ini telah diletakkan di pusat perkembangan Katolik. Foto iklan ini merupakan siri kempen Benetton yang bertajuk Unhate. Dalam siri ini juga terdapat gambar di mana presiden Amerika Syarikat, Barack Obama 'mengucup mulut'  presiden China, Hu Jintao.

Kemewahan Royal Suite, Burj Al Arab

Seperti yang kita tahu, Burj Al Arab yang terletak di Dubai merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Bangunan ini menempatkan bilik-bilik hotel mewah, restoran dan sebagainya. Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda melihat keindahan royal suite Burj Al Arab yang cukup mewah. Suite ini menghadap pemandangan Lautan Arab yang membiru dan dilengkapi dengan lantai marmar. Ia memiliki bilik tidur utama, ruang makan, panggung wayang peribadi dan lif peribadi. Bagi yang berkemampuan, bolehlah menginap di suite ini dengan kadar US$ 19 000 semalam.