Selama 10 tahun dikurung dalam bilik air, Baraa mendakwa sering dipukul dan hanya dibenarkan keluar dari bilik pada tengah malam untuk membersihkan rumah. Gadis malang itu hanya diberikan selimut, radio dan sebuah alat cukur. Alat cukur itu diberi ibu tirinya agar dia boleh membunuh diri. Menurut Baraa, dia dapat bertahan selama 10 tahun kerana adanya radio yang menghubungkannya dengan dunia luar.
27 June 2012
Gadis Palestin Bebas Selepas 20 Tahun Dikurung Dalam Bilik Air
Baraa Melhem merupakan gadis Palestin berusia 20 tahun yang menghabiskan separuh dari usianya di dalam bilik air. Dia dikurung oleh bapanya sendiri di dalam bilik air sejak berusia 10 tahun. Bapa Baraa, Hasan Melhem merupakan bangsa Arab warga Israel dan telah berpisah dengan ibunya sewaktu Baraa masih kecil.
Selama 10 tahun dikurung dalam bilik air, Baraa mendakwa sering dipukul dan hanya dibenarkan keluar dari bilik pada tengah malam untuk membersihkan rumah. Gadis malang itu hanya diberikan selimut, radio dan sebuah alat cukur. Alat cukur itu diberi ibu tirinya agar dia boleh membunuh diri. Menurut Baraa, dia dapat bertahan selama 10 tahun kerana adanya radio yang menghubungkannya dengan dunia luar.
Setelah perbuatan bapanya diketahui polis, Baraa dibebaskan dan kini dia tinggal bersama ibu kandungnya di Baitulmaqdis. Bapanya pula telah dihadapkan ke mahkamah. Walaupun diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan oleh bapa kandungnya sendiri namun Baraa tidak pernah membenci bapanya.
Selama 10 tahun dikurung dalam bilik air, Baraa mendakwa sering dipukul dan hanya dibenarkan keluar dari bilik pada tengah malam untuk membersihkan rumah. Gadis malang itu hanya diberikan selimut, radio dan sebuah alat cukur. Alat cukur itu diberi ibu tirinya agar dia boleh membunuh diri. Menurut Baraa, dia dapat bertahan selama 10 tahun kerana adanya radio yang menghubungkannya dengan dunia luar.
Labels:
Cerita Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
takkan bca je respon la sikit..toink...