Blogger WidgetsBlogger Widgets

15 June 2012

5 Lagu Paling Kontroversi Dalam Sejarah

Setiap penulis lirik diberi kebebasan dalam mencipta lagu mereka. Setiap lagu mempunyai kisahnya yang tersendiri. Mungkin kebebasan tersebut mungkin telah disalah guna sehingga menyebabkan segenlintir penulis lirik menulis lagu yang mempunyai unsur-unsur yang keterlaluan sehingga sehingga ada yang mempersoalkan kewujudan Tuhan. Berikut merupakn 5 lagu kontroversi yang hangat diperkatakan sepanjang zaman.

1. Cop Killer- Body Count


Cop Killer merupakan sebuah lagu nyanyian Body Count dari album "Body Count" yang dipasarkan pada 1992. Lagu tersebut menceritakan tentang individu yang marah dan bosan dengan kekasaran polis dan mahu membuat undang-undang sendiri dengan membunuh polis. Lagu ini mendapat kritikan hebat dari individu berpengaruh seperti Goerge Bush, Tipper Gore dan ahli politik yang lain.



2. Darling Nikki-Prince


Darling Nikki dinyanyikan oleh Prince dan merupakan salah sebuah lagu dalam album Purple Rain yang pernah memenangi Anugerah Grammy suatu ketika dahulu. Lagu ini menimbulkan kontroversi berikutan liriknya yang mengandungi unsur-unsur seksual yang keterlaluan. Lagu ini mengisahkan tentang 'syaitan sex' atau 'sex devil' bernama Nikki yang menggoda seorang penyanyi.

3. Dear God-XTC


Dear God merupakan lagu nyanyian XTC dari album Skylarking. Lagu ini merupakan lagu penuh kontroversi yang ditujukan kepada Tuhan. Liriknya mempersoalkan kewujudan Tuhan berikutan kesengsaraan yang dihadapi oleh manusia. Tidak banyak kedai yang berani menjual album Skylarking yang mengandungi lagu ini kerana takut berhadapan dengan tindak balas negatif dari penganut agama Kristian.

4. Fuck The Police-N.W.A


Lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan rap yang bernama N.W.A dari album Straight Outta Compton pada tahun 1988. Lirik lagu ini menceritakan tentang ketegangan antara golongan muda kulit hitam dan polis. Lagu ini juga menggambarkan kekejaman polis sehingga menyebabkan FBI memberi amaran kepada kumpulan tersebut.

5. Kim-Eminem


Lagu ini ditulis sendiri oleh rapper terkenal, Eminem dan ditujukan kepada bekas isterinya, Kim Mathers. Eminem kelihatan sangat emosional, agresif dan sangat membenci bekas isterinya.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...