Blogger WidgetsBlogger Widgets

27 June 2012

Gila-Cara Baru Bunuh Bayi Perempuan Secara Senyap-Senyap di India

Pada zaman ini, perempuan juga mendapat layanan dan taraf yang sama seperti lelaki baik dari segi pendidikan, pekerjaan dan hak asasi. Namun di sesetengah daerah India, kelahiran anak perempuan masih lagi dianggap membawa malang dan sial serta menyusahkan keluarga apabila anak itu dewasa kelak. Atas sebab itu, pelbagai cara yang dilakukan oleh si bapa untuk membunuh darah dagingnya sendiri biar pun sudah ada hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut.



Kini, ibubapa di India menggunakan cara baru untuk membunuh bayi perempuan yang baru lahir. Bayi perempuan malang tersebut tidak dibunuh terus ketika baru lahir sebaliknya dibiarkan kelaparan dan tidak diberi keperluan kesihatan yang sepatutnya. Dengan cara itu, bayi perempuan tersebut kemungkinan akan meninggal dunia dengan lebih cepat akibat kekurangan zat atau penyakit. 

Cara tersebut diketahui pihak berkuasa setelah tiga orang bayi perempuan yang baru lahir di perkampungan Tejmlata dan Mandi didapati meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan dalam tempoh 10 hari berturut-turut. Difahamkan, seorang bayi perempuan yang lahir di Tejmalta dalam keadaan sihat dan normal pada 8 Jun yang lalu didapati berada dalam keadaan kritikal ketika dibawa di pusat kesihatan Jhnjhinyali dan meninggal dunia pada hari yang sama. 

Bayi malang tersebut hanya dikebumikan di belakang rumah. Ibubapa tidak berperikemanusiaan tersebut juga menggunakan garam atau bahan kimia lain agar mayat bayi tersebut cepat reput. Selepas itu, seluruh ahli keluarga bayi tersebut akan menghilang dan tidak dapat dijejaki.


No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...