Blogger WidgetsBlogger Widgets

30 June 2012

Rumah Beinhaus, Austria Yang Menyimpan 1200 Tengkorak

Sebuah rumah abad ke-12 telah dijadikan tempat menyimpan 1200 tengkorak manusia. Rumah itu dikenali sebagai Rumah Beinhaus dan terletak di Hallstatt, Austria. Tradisi menyimpan tengkorak dan tulang-tulang manusia dilakukan dari tahun 1720 M sehingga 1995.



Mayat manusia yang telah dikuburkan akan digali semula selepas 10-15 tahun. Ini kerana kawasan tersebut tidak mempunyai tanah untuk membuka kawasan perkuburan baru, tambahan pula alternatif lain seperti pembakaran mayat adalah dilarang pada abad tersebut.


Kebiasaannya, selepas kubur digali semula, tengkorak dan sisa tulang akan dijemur, diputihkan dan dihiasi dengan lukisan yang penuh simbolik. Kemudian, tengkorak tersebut disusun bersama dengan barisan tengkorak lain. Tengkorak terakhir yang diletakkan di rumah Beinhaus adalah milik seorang wanita yang meninggal dunia pada 1983. Wanita tersebut meminta supaya tengkoraknya diletakkan di bahagian kubah rumah tersebut.





No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...