Blogger WidgetsBlogger Widgets

10 June 2012

5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia

Pencemaran menjadi topik hangat setiap tahun berikutan kadar pencemaran yang kian meningkat. Sungai, udara mahupun tanah seakan-akan sudah 'mati' akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri. Berikut merupakan 5 tempat tercemar di dunia.

1. Sungai Citarum, Indonesia


Sungai ini merupakan sungai yang paling tercemar di dunia. Walaubagaimanapun, kira-kira 5 juta orang membina penempatan di sepanjang sungai ini dan kebanyakan mereka masih bergantung pada sungai ini bagi memenuhi keperluan asas mereka.



2. Chernobyl, Ukraine


Chernobyl merupakan sebuah kota di utara Ukraine. Pada tahun 1986, berlakunya satu bencana nuklear yang terburuk dalam sejarah di Chernobyl. Sebelum berlakunya bencana tersebut, Chernobyl dihuni kira-kira 14000 orang penduduk namun kini kota itu sudah tidak berpenghuni kerana tahap radiasi masih tinggi dan di paras yang bahaya.

3. Linfen, China


Linfen merupakan bandar yang memiliki kadar pencemaran udara tertinggi di dunia. Bandar ini adalah kawasan perlombongan dan perkilangan. Sekiranya anda tinggal di tempat ini dan menjemur pakaian anda di luar, pastinya pakaian anda akan berubah menjadi warna hitam sebelum pakaian itu kering.

4. Sungai Yamuna, India


Sungai Yamuna adalah anak sungai terbesar Sungai Gangga. Melintasi bandar Delhi, kira-kira 58% bahan bungan akan dibuang di sungai ini. Walaubagaimanapun, penduduk setempat masih menggunakan sungai ini untuk mencuci, mandi dan minum.

5. La Oroya, Peru


Lo Oraya merupakan kawasan perlombongan bijih timah yang dipenuhi dengan jelaga. Kawasan ini begitu tercemar berikutan aktiviti perlombongan bijih timah yang dijalankan oleh sebuah syarikat dari Amerika sejak tahun 1922.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...