Blogger WidgetsBlogger Widgets

20 June 2012

5 Nenek Luarbiasa & Terhebat Di Dunia

Semakin bertambah usia, semakin berkurang kemampuan seseorang itu. Tetapi 5 orang nenek ini membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mereka melakukan hobi atau aktiviti yang mereka suka walaupun hobi dan aktiviti tersebut sangat lasak dan hanya sesuai untuk golongan muda. Walau apa pun, saya respect dengan wanita-wanita warga emas ini.

1. Penembak Terhandal


Chandro Tomar merupakan seorang nenek berusia 78 tahun dari Baghpat, Utar Pradesh, India. Dia adalah ibu kepada 6 orang anak dan nenek kepada 15 orang cucu yang telah memenangi 25 pertandingan menembak peringkat kebangsaan. Uniknya, warga emas ini hanya tahu memegang senapang ketika berusia 68 tahun, iaitu kira-kira sepuluh tahun yang lepas.



2. Pakar Shuffle


Terbukti bahawa shuffle tidak hanya diminati oleh golongan remaja. Seorang nenek berusia 90 tahun membuktikan bahawa dia juga mampu menari ala-ala LMFAO sambil memainkan lagu Party Rock Anthem. Walaupun tidak selincah anak muda yang lain, namun nenek ini tetap bersemangat dan tidak mahu kalah dalam menari shuffle.

3. Pakar Terjun Payung


Seorang nenek berusia 104 tahun bernama Peggy McAlpine ingin mencatat rekod dalam Guinness Book sebagai penerjun tertua di dunia dengan mengalahkan Marry Allen Hardison yang melakukan aksi terjun payung ketika berusia 101 tahun. Walaupun sudah tidak mampu berjalan dan menggunakan kerusi roda, McAlpine membuktikan bahawa dia memang berani dan tidak gayat sama sekali. McAlphine mempunyai 2 orang anak, 4 orang cucu dan 2 orang cicit.

4. Pakar Akrobatik


Seorang warga emas berusia 72 tahun dari Guangxi, China menarik perhatian ramai kerana mampu melenturkan badannya seperti gadis muda. Nenek ini bersenam dengan melenturkan badannya setiap hari di taman rekreasi berdekatan rumahnya.

5. Pendaki Gunung Everest Tertua


Tame Watanabe, 73 tahun telah mencatat rekod sebagai pendaki Gunung Everest tertua di dunia. Watanabe memulakan ekspedisinya ke Kathmandu, Nepal pada awal April yang lalu. Dia berjaya mendaki sampai ke puncak gunung dengan selamat.






No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...