Blogger WidgetsBlogger Widgets

05 June 2012

5 Buah Pulau Terpadat Di Dunia

Manusia merupakan makhluk yang suka meneroka dan mampu beradaptasi dengan perubahan iklim sesuatu tempat. Populasi manusia akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dan semakin banyak tempat-tempat baru akan diteroka kelak termasuklah tempat-tempat yang terpencil. Pulau-pulau dalam foto-foto di bawah ini asalnya dipenuhi dengan flora dan fauna semulajadi, namun kini apa yang dapat kita saksikan hanyalah rumah-rumah dan bangunan. Berikut merupakan 5 buah pulau yang paling padat di bumi.

1. Santa Cruz del Islote


Santa Cruz del Islote secara tidak rasmi menjadi pulau yang terpadat di dunia. Pengangkutan yang paling sesuai untuk sampai ke pulau ini adalah dengan mengguna bot dari pantai Caribbean dan tempoh perjalanan adalah selama satu jam. Terdapat 90 buah rumah di pulau ini dengan populasi sekitar 1200 orang penduduk.  Tiada kolam renang, hotel mahupun tapak perkuburan di pulau ini. Penduduk yang meninggal dunia akan dikuburkan sebuah pulau yang berdekatan. Pulau ini juga tiada kemudahan eletrik dan air. Sebaliknya tentea laut Columbia akan membawa bekalan air buat penduduk setiap tiga minggu sekali.

Foto-foto Kemalangan Yang Pelik

Sebut sahaja kemalangan, pastinya kita terbayangkan kemalangan yang ngeri di mana kenderaan remuk dan hancur berkecai. Tapi kali ini saya bukan nak berkongsi foto-foto kemalangan yang mengerikan, sebaliknya foto-foto kemalangan yang aneh dan pelik di mana kalau kita tengok gambar-gambar di bawah ini, pastinya akan terlintas di fikiran kita; bagaimana cara pemandu itu memandu sehingga boleh mengakibatkan kemalangan yang begitu pelik. Jom kita saksikan foto-foto kemalangan aneh ini.

Trak Yang Menakutkan dan Harus Dijauhi Di Jalanraya

Bayangkan anda sedang memandu dan dalam perjalanan pulang ke kampung. Kemudian anda ternampak trak-trak yang besar dengan bentuk yang menakutkan dan secara automatik perasaan tidak selamat bermain di fikiran terutama bagi pemandu wanita. Pastinya anda juga tertanya-tanya barang apakah yang dibawa oleh pemandu trak tersebut kan..? Sebaiknya anda perlahankan kenderaan dan jauhi trak ini sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Jom kita lihat foto-foto trak yang pelik dan menakutkan ini.


10 Jawapan Peperiksaan Yang Terlebih Kreatif

Semua orang pastinya pernah menduduki peperiksaan. Dan ramai yang benci pada peperiksaan kerana soalan-soalan yang keluar nanti pastinya sangat susah dan mahu pecah kepala dibuatnya. Apabila menjawab soalan yang terlampau susah ini, ada juga yang sudah mula berputus asa dan hasilnya; jawapan yang pelik, mudah, simple dan lawak. Jom kita layan 10 jawapan kepada soalan peperiksaan yang lawak.

1. Where is x?


Penindasan Wanita Yang Masih Berlaku Sehingga Kini

Topik ini sangat jarang dibincangkan di media. Mungkin kerana topik ini tidaklah sehangat politik, gosip artis dan turun naik harga barang mahupun minyak. Penindasan terhadap wanita sebenarnya berlaku sejak zaman dahulu lagi. Tapi seiring dengan kemajuan peradaban manusia, wanita kini diberi hak untuk dilindungi. Namun kes penindasan masih juga berlaku terutama di negara-negara miskin seperti India dan Afrika. Kebanyakannya berpunca dari adat dan kepercayaan lampau yang masih diamalkan sehingga kini. Berikut merupakan kekejaman yang masih berlaku pada wanita pada alat ke-21.

1. Penculikan pengantin wanita


Kes ini sering berlaku di Kyrgyzstan dan Turkmenistan. Di Kyrgyzstan, seorang lelaki yang ingin berkahwin bebas memilih gadis mana yang mahu dijadikan isteri. Kemudian, pengantin lelaki bersama saudara dan kawan-kawan lelaki akan menculik gadis tersebut untuk dibawa bertemu dengan wanita tertua dalam keluarga pihak lelaki. Gadis tersebut akan dipujuk supaya bersetuju untuk dikahwinkan. Sekiranya gadis terbabit menolak, dia akan didera sehingga dia menyatakan persetujuannya. Di negara Etiopia dan Rwanda pula, kes ini lebih teruk di mana bakal pengantin lelaki sanggup memperkosa gadis yang diculik sehingga hamil yang akhirnya memaksa keluarga wanita bersetuju mengahwinkan anak mereka dengan lelaki yang bertanggungjawab menculik dan merogol anak mereka.

5 Benda Asing Yang Pernah Ditemui Dalam Tubuh Manusia

Pernahkah anda membayangkan bagaimana benda-benda asing seperti rambut, magnet, sudu plastik dan sebagainya boleh berada dalam tubuh seorang manusia..? Susah untuk diterima akal namun kes ini pernah terjadi kepada beberapa individu. Kebanyakannya mengadu sakit dan setelah melakukan pemeriksaan dan pembedahan, alangkah terperanjatnya para doktor apabila benda-benda pelik ditemui dalam tubuh pesakit.

1. Bola rambut raksasa


Pada tahun 2007, seorang gadis berusia 18 tahun dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit perut, muntah dan tidak selesa di bahagian perut. Keputusan x-ray menunjukkan terdapat gumpalan gelap dan tebal yang mirip sarang labah-labah di dalam perutnya. Selepas pembedahan dijalankan, doktor menemui gumpalan rambut yang besar. Ternyata sebenarnya selama ini gadis itu menghidap trichophagia, iaitu kelainan mental yang cenderung membuatnya memakan rambut sendiri.