Blogger WidgetsBlogger Widgets

22 June 2012

Marwanijun, Kanak-kanak China Yang Lahir Tanpa Mata

Seorang kanak-kanak dari Xinjiang, China bernama Marwanijun telah lahir tanpa mata dalam erti kata lain, tempat di mana matanya mata sepatutnya berada telah ditutupi oleh kulitnya. Merwanijun merupakan anak kepada pasangan Madamihan dan Salamu.



Menurut doktor, Marwanijun benar-benar memiliki mata kiri, namun matanya dihalang oleh kulit. Walaubagaimanapun, kanak-kanak istimewa itu tidak boleh melakukan pembedahan mata atas faktor usia. Tambahan pula, mata Marwanijun tidak mempunyai lensa dan sekiranya pembedahan dilakukan pada mata kirinya, kanak-kanak tersebut tetap tidak mampu melihat.


Para doktor menyarankan Marwanijun melakukan pembedahan ketika dia mencapai usia 16 tahun kelak. Ketika itu, kemungkinan mata buatan akan dipasang di matanya.


Menurut bapanya, Marwanijun begitu suka dan mahu melihat cahaya. Pasangan tersebut berdoa setiap hari agar anak mereka mampu melihat suatu hari nanti.




No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...