Blogger WidgetsBlogger Widgets

16 June 2012

5 Kisah Perceraian Yang Pelik & Gila

Setiap pasangan yang berkahwin berharap agar hubungan mereka kekal sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat. Namun apabila sudah tiada keserasian, perceraian merupakan jalan terakhir.

Namun, 5 pasangan ini menfailkan permohonan mereka dengan alasan yang tidak kukuh, tidak logik, pelik dan gila. Tidak percaya, cuba anda baca kisah mereka ini.

1. Mesir


Seorang jurutera wanita Mesir telah menfailkan permohonan cerai selepas suaminya enggan mandi dalam bulan pertama pernikahan mereka. Si suami mendakwa bahawa dia elergik pada air dan tidak dibenarkan mandi. Si isteri meminta pendapat doktor tentang keadaan suaminya. Pandangan doktor ternyata bertentangan dengan dakwaan si suami. Menurut doktor, elegik pada air tidak menghalang seseorang itu daripada  membersihkan dirinya. Merasa tertipu, si isteri berdepan dengan suaminya. Si suami enggan menceraikan isterinya sehingga menyebabkan si isteri pergi ke mahkamah untuk menfailkan permohonan perceraian.



2.Rusia


Pada tahun 2008, Grigory Toporov dari Voronezh, Rusia telah 'memanjangkan' aset jantannya untuk kepuasan si isteri. Malangnya, extension yang digunakan telah patah dan tidak memberi hasil seperti yang diharapkan isterinya. Keadaan itu telah menyebabkan isterinya menuntut cerai dengan alasan "sudah bosan dengan kegagalan Toporov di atas ranjang". Toporov merayu pada isterinya agar tidak meneruskan perceraian tersebut dan berjanji akan memperbaiki kejantanannya dengan extension yang baru namun si isteri sudah tidak mempedulikan rayuannya lagi.

3. Jerman


Seorang wanita Jerman meninggalkan suami yang telah dikahwininya selama 15 tahun kerana suaminya sangat obses terhadap kebersihan rumah sepanjang masa. Menurut wanita tersebut, dia telah pun bersabar dalam tempoh masa yang cukup lama dan bersimpati dengan gangguan yang dihidapi suaminya namun kesabarannya telah habis selepas suaminya membina dinding pemisah dalam rumah mereka atas alasan rumah mereka terlalu kotor.

4. USA


Dr Richard Batista sangat sedih melihat isterinya terlantar di atas katil kerana buah pinggangnya gagal berfungsi seperti manusia normal. Tubuh isterinya tidak dapat menerima buah pinggang bapa mertua dan abang ipar Batista. Satu-satunya buah pinggang yang sesuai adalah milik Batista. Kerana cinta yang mendalam, Batista rela mendermakan salah satu buah pinggangnya kepada si isteri. Pembedahan tersebut berjaya dan isterinya semakin sembuh. Namun, kisah mereka tidak berakhir dengan bahagia. Selepas sihat, isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain. Batista begitu marah sehingga dia menceraikan isterinya dan menuntut agar buah pinggangnya dikembalikan. Oleh kerana buah pinggang bukan merupakan aset perkahwinan mereka, maka Batista menuntut ganti rugi US$1.5 juta, namun mahkamah menolak tuntutan tersebut kerana meletakkan harga pada organ manusia diharamkan di negara tersebut.

5. China


Seperti yang kita tahu, burung kakak tua pandai bercakap dan meniru perkataan yang selalu diucapkan oleh tuannya. Dalam satu kes di China, seorang wanita menjadikan burung kakak tua peliharaan keluarganya sebagai saksi kecurangan suaminya. Dia percaya suaminya bermain kayu tiga apabila burung kakak tua peliharaan mereka sering menyebut perkataan "cerai", "sabar" dan "aku cinta padamu" , kemungkinan burung itu kerap kali mendengar perkataan tesebut ketika si suami bercakap dalam telefon. Walaupun permohonan perceraiannya diluluskan, namun mahkamah pastinya menolak testimoni burung kakak tua tersebut.







No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...