Blogger WidgetsBlogger Widgets

11 June 2012

Pelik-Doktor Temui Ikan Hidup Dalam Paru-Paru Seorang Kanak-Kanak

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Madya Pradesh, India telah dikejarkan ke hospital selepas mendakwa mengalamani sesak nafas akibat tertelan seekor ikan hidup. Mangsa, Anil Barela terpaksa melakukan imbasan x-ray sebaik tiba di hospital dan alangkah terperanjatnya para doktor apabila mendapati ikan tersebut terperangkap di dalam paru-paru kanak-kanak malang tersebut.


Doktor terpaksa melakukan pembedahan yang mengambil masa kira-kira 45 minit bagi mengeluarkan ikan yang berada di dalam paru-paru Anil.

"Ini merupakan kes pertama sepanjang 20 tahun karier saya, ada seekor ikan masuk ke dalam paru-paru," ujar Dr Pramod Jhawar.

Menurut Dr. Jhawar, ikan yang berukuran 3.5 inci itu masih hidup ketika berada dalam paru-paru. Inilah yang mengakibatkan oksigen dalam paru-paru kanak-kanak itu menurun secara mendadak sekaligus menyukarkan proses pernafasan.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...