Blogger WidgetsBlogger Widgets

11 June 2012

Siang Pensyarah, Malam Pelacur

Seorang professor di University of Georgia ditahan atas kesalahan menawarkan layanan seks kepada seorang anggota penyiasat yang menyamar. Dia ditangkap di sebuah bilik hotel dalam keadaan berpakaian wanita dan mengaku bernama Sasha.





Setelah siasatan dilakukan, ternyata 'wanita' tersebut sebenarnya merupakan seorang pensyarah lelaki yang bernama Professor Max Reinhart. Reinhart mengajar sastera Jerman dan juga sejarah di universiti terkenal tersebut. Lelaki kelahiran Jerman berusia 65 tahun itu ditangkap di Gwinnett County, Atlanta atas tuduhan pelacuran dan menjaga rumah pelacuran. Difahamkan, Reinhart menawarkan khidmat seks selama 30 minit dengan bayaran sebanyak US$ 60.

Menurut Atlanta Jurnal Constitution, polis menemui iklan Sasha di bahagian layanan transeksual dari laman web backpage.com. Website yang menyediakan ruangan khas "dewasa" itu kini sedang disiasat atas tuduhan pelacuran dan penjualan gadis di bawah umur untuk dijadikan pelacur. Jurucakap polis, Jake Smith berkata bahawa mereka sepakat untuk bertemu dengan 'Sasha' di Days Inn dan polis menghantar seorang penyiasat untuk menyamar sebagai salah seorang pelanggan.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...