Blogger WidgetsBlogger Widgets

11 June 2012

Lelaki Ini Makan Otak & Jantung Rakannya


Kanibalisme berlaku lagi di Amerika. Kali ini seorang mahasiswa telah disyaki membunuh dan memakan sebahagian tubuh rakannya.




Alexander Kinyua, 21, merupakan seorang mahasiswa dari Morgan State University, mengaku telah membunuh teman serumahnya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie, 31, yang dilaporkan hilang. Agyei-Kodie telah tinggal bersama di rumah keluarga Kinyua di daerah Joppatowne, Maryland, Amerika Syarikat selama kurang lebih enam minggu. Kinyua berasal dari Kenya manakala Agyei-Kodie dari Ghana.

Bapa Alexander menghubungi polis setelah saudara Alexander menemui sebahagian tubuh manusia, kepala dan dua tangan di dalam ruang bawah tanah rumah mereka. Bapa dan saudara Alexander kemudiannya meninggalkan ruang bawah tanah itu sebentar, dan ketika kembali semula ke tempat kejadian, bahagian tubuh manusia tadi sudah tiada.

Anggota polis yang bertugas telah menggeledah rumah tersebut dan menangkap Alexander. Hasil penangkapan tersebut, terungkap satu pengakuan yang mengejutkan di mana Alexander bukan sahaja membunuh mangsa dengan pisau, malah memotong tubuh rakannya, dan memakan sebahagian otak serta jantung mangsa. Sisa tubuh mangsa telah dibuang ke tempat pembuangan sampah di belakang gereja di Joppatowne.

Sekatakat ini, motif pembunuhan masih tidak jelas. Sebelum ini, mahasiswa kanibal tersebut pernah terlibat dalam kes lain di mana  Alexander pernah memukul seseorang dengan tongkat baseball di kampus Morgan State University pada 19 Mei yang lepas sehingga menyebabkan tengkorak mangsa retak dan kehilangan penglihatan di salah satu mata. Walaubagaimanapun, Alexander bebas dengan jaminan 220 ribu dollar. Namun kali ini, Alexander mungkin tidak dapat dibebaskan lagi kerana berhadapan dengan tuduhan membunuh tahap pertama.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...