Blogger WidgetsBlogger Widgets

11 June 2012

Liu Jiangli Dibuang Keluarga Kerana Kelainan Pada Kulitnya


Liu Jiangli merupakan seorang gadis cilik keturunan Tionghoa yang disisih dan ditinggalkan oleh ahli keluarganya sendiri hanya kerana dia kelihatan berbeza daripada kanak-kanak normal yang lain. Ketika berusia dua tahun, ibunya telah meninggalkannya di rumah bersama bapanya. Tetapi tidak lama kemudian si bapa turut sama mengikut jejak ibunya dengan meninggalkan Liu di sebuah sekolah.



Pihak sekolah terpaksa memasang iklan agar orang tua Liu Jiangli mengambil anak mereka kembali kerana wajah Liu Jiangli membuat kanak-kanak lain ketakutan. Namun sehingga kini, ibubapa kanak-kanak malang itu tidak pernah datang menjemput anak perempuan mereka.

Hampir seluruh bahagian sisi kiri badan gadis berusia 6 tahun ini dipenuhi dengan bulu-bulu hitam. Hal inilah yang membuatkannya mendapat gelaran "little monkey" daripada orang kampung. Bulu hitam yang menutupi tubuhnya kini telah mencapai 60%.  Liu Jiangli, dari perkampungan Zhongjie, Qingzhen, barat daya China juga memiliki rambut hitam dalam telinga kirinya.

Kini, Liu hidup bersama Mingying, seorang petani jagung. Mingying turut mengaku sebenarnya dia juga tidak selesa dengan keadaan anak angkatnya kerana sering menjadi bahan ejekan orag ramai. Sehingga kini tiada sebarang diagnosis dilakukan ke atas gadis mungil ini. Walaubagaimanapun,kanak-kanak malang ini disyaki menghidap Hypertrichosis Universalis yang juga dikenal sebagai Werewolf Syndrome.

Kisah kanak-kanak ini begitu menyentuh perasaan dan orang sekeliling sepatutnya membantu serta memberi semangat dan tidak harus mengejek Liu di atas kekurangan yang dia miliki kerana jauh di sudut hatinya, Liu juga tidak meminta untuk dilahirkan sedemikian juga.

No comments:

Post a Comment

takkan bca je respon la sikit..toink...